Sepasang kekasih ditahan polis pada 23 Mei gara-gara melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta di Tasik Bukit Layang-Layang, Johor. Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, tangkapan dibuat pada jam 11 malam berikutan video perbuatan sumbang itu tular di media sosial.
“Kami telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan berjaya mengesan pasangan terbabit sebelum menahan mereka sekitar Pasir Gudang. "Suspek lelaki berusia 29 tahun manakala perempuan 19," katanya ketika dihubungi. Mohd Sohaimi berkata demikian ketika diminta mengulas video berdurasi 42 saat yang memaparkan sepasang kekasih dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kenderaan berwarna putih. "Kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik mendapat perintah reman," katanya sambil menambah ini adalah kejadian kedua berlaku di Seri Alam.
Kes pertama pada 6 April lalu, apabila polis Pasir Gudang menahan seorang suspek lelaki berusia 22 tahun dan teman wanitanya berusia 17 tahun selepas tular satu video menunjukkan kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta. Pasangan itu ditahan selepas video berdurasi 23 saat aksi tidak senonoh mereka dimuat naik ke Twitter dan tular di media sosial. Beliau dalam satu kenyataan berkata, kejadian sebelum ini berlaku pada 29 Mac di tempat letak kereta di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, pada 3.03 petang. -CARI Sumber: mStar/ The Star
|
_blackbird replied at 24-5-2023 06:59 PM
daring org johor skang. buas2 tak boleh tahan
Nokiaman replied at 25-5-2023 12:59 AM
Semua nak tau...macamlaa ko tak tau..Kulom laa cik Kiahh Oii..
Hangpa macam tak perna je ...
tipah89 replied at 25-5-2023 09:59 AM
yg gigih beromen dlm keta ni mmg jenih miskin2 ke tapi napsu kuda? xle nak check in hotel ke apa... ...
anony-mous replied at 24-5-2023 07:40 PM
Hence i rasa xguna penat2 pegi sekolah agama ptg2. Baik la rilex duk rumah
ifanonline replied at 25-5-2023 10:04 AM
kalau check in hotel murah, kena serbu juga...kalau main dlm kereta pun, kena serbu juga
mana tem ...
ADVERTISEMENT