CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Kombos Dikritik Sebab Tak Panik Anak Jatuh Kerusi "Dia Jatuh Punggung Dulu Bukan Kepala Yang Terhempas"

24-5-2023 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1410| Komen: 12

Azwan Kombos memuat naik sebuah video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan anak lelakinya terjatuh dari kerusi.

Azwan kata dia tenang dan tak cepat panik jika berhadapan dengan situasi seperti ini.


Foto: IG

"Ini adalah cara bagaimana saya mengendalikan situasi seperti ini. Kekal tenang, jangan terus nak angkat anak, biar dia buat sendiri dulu, dengan cara tu kita boleh tahu apa yang sakit. Kalau semua nampak okay, baru la kita pujuk dia. Jangan pernah panik."

Bagaimanapun doa kemudiannya memuat naik video penuh rakaman CCTV itu selepas warganet mendakwa dia sengaja mengabaikan anaknya.

Azwan berkata dia bertindak sedemikian kerana dia mahu menilai dulu keadaan anaknya.



"Orang cakap saya tenang memang tenang tapi ada orang cakap saya tak ambil berat pada anak saya. Saya tengok situasi dia dahulu, kalau dia boleh guna semua anggota badan dia… dan itu saya dah dukung dia.

"Selepas itu saya nak tahu juga lah macam mana dia jatuh, jadi saya pandang kamera tengok dia menghadap dekat mana dan tengok dia jatuh dekat mana. Saya nampak dia bukannya jatuh kepala dahulu, dia jatuh punggung dahulu setelah itu baru dia terbaring."

Sementara itu isterinya Ezzaty Abdullah dilihat turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.



"Yang penting, lepas dah dukung, awak dah tengok CCTV kan? Sebab awak tengok cara dia jatuh jadi awak boleh tolong Ahmet? Alhamdulillah Ahmet tak ada apa-apa."



Di ruangan komen rata-rata warganet menzahirkan kerisauan terhadap anak lelaki Azwan itu kerana bimbang insiden tersebut boleh mendatangkan kecederaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 25-5-2023 08:29 AM
terpaling acah cool pigidahhhhh
Quote adeqbun 25-5-2023 08:52 AM
bodoh!! cool kepala bana kau..budak kecik jatuh dlm ape2 situasi pon kene alert...
Quote putericahaya999 25-5-2023 08:55 AM
Dorang ada rumah lain ke selain rumah ni
Quote PinkyPie 25-5-2023 08:56 AM
Kenapalah izzaty kawen dgn mamat ni
Quote umbut 25-5-2023 09:05 AM
Bapak x guna, cool lah sangat. Leh ler buat content tayang kat scomed acah cool bagi tips. Dah ler buat hal sendiri anak main sorang2
Quote mawarkhayalan99 25-5-2023 09:27 AM
siannyaaa anak dia kecik lagi jatuh terlangkup camtu
Quote Rogue98 25-5-2023 09:27 AM
Sendiri yg upload video sendiri yg kalut nak kena explain. Pastu puji diri sendiri cool. Kalau anak kau jatuh tingkat 10 pun kau cool jugak sbb kau sebenar nye pemalas dan lembam.
Quote twins 25-5-2023 10:01 AM
orang yg kecam tu tak der anak kot....sbb tu panic nau... cara anak dia jatuh tu insyaallah x memudaratkan. kerusi tak tinggi & betul dia jatuh punggung dulu & dia tergolek.  lain la kalau ala2 terjun tiruk.....
Quote holothurian 25-5-2023 10:10 AM
Tapi, sy pun.. anak jatuh.. sy tgk dulu,dia okay ke x.. kita jgn panic.. kdg2 ank sy nangis acah2 je..saja je mulut tu cebik2.. berdiri dekat mcm AK nie la perhati anak okay atau x..tp.. nenek2, tak boleh terima ketenangan ini ya.. mereka,direct suruh angkat pujuk usap segala mala 1 badan mana yg jatuh.. hahaha
Quote Minami2013 25-5-2023 10:25 AM
holothurian replied at 25-5-2023 02:10 AM
Tapi, sy pun.. anak jatuh.. sy tgk dulu,dia okay ke x.. kita jgn panic.. kdg2 ank sy nangis acah2 je ...

Ya betul. Nak bagi anak tak terlebih manja. Jatuh sikit nanti nangis nk kena dipujuk je.
Quote marchikobonzo 25-5-2023 10:33 AM
holothurian replied at 25-5-2023 02:10 AM
Tapi, sy pun.. anak jatuh.. sy tgk dulu,dia okay ke x.. kita jgn panic.. kdg2 ank sy nangis acah2 je ...

Sama la..tak leh jadi apa kalau mak panic..mak kena kekal tenang..baru boleh assess apa yang jadi & apa yg boleh kita buat..nt slow2 pujuk anak
Quote dudaberhias 25-5-2023 10:39 AM
nak tunjuk yang heshe keje mengadap fon jah...

nak cool2 bagai apa kata ko biar jah anak tu dalam kerusi tu sampai esok ala2 penempatan igloo gittewww...

tapi situasi tu budak tu takde la buas mana... cumanya kerusi tu hauk jah... tak sesuai untuk bebudak... terlampau ringan...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069837 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top