CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petai Ditanam Bunian Ke Berharga RM113.90?

24-5-2023 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 761| Komen: 3

Petai kini menjadi hangat dibincangkan ekoran tular gambarnya mencecah harga ratusan ringgit.

Harga petai mentah kebiasaannya bergantung kepada musim ataupun 'gred', namun selalunya ia berharga sekitar RM10 hingga RM20 untuk seikat petai.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, seorang pengguna TiKTok memaparkan satu bekas petai siap dikupas yang diletakkan di rak memaparkan harga RM113.90.

Pun begitu, berat sebenar ulam berkenaan tidak disebut.

Daripada pemerhatian saiz bekas berkenaan, isi petai yang dikupas itu berkemungkinan seberat sekitar 100 gram hingga 200 gram.

Pada bahagian bawah pelekat harga itu pula, ia tertulis petai gred 1 dari Malaysia atau Thailand.

Sementara itu bahagian kapsyen, individu tersebut turut menyatakan lokasi pasar raya berkenaan yang terletak di Kuala Lumpur.


TikTok


Bagaimanapun tiada keterangan lanjut yang dihurai pada perkongsian berkenaan.

Disebabkan itu, warga maya tampil dengan pelbagai tanggapan selain menghujani ruangan komen dengan komen-komen lucu.

Ada yang menganggap berkemungkinan ia merupakan petai organik sehingga harganya mencecah ratusan ringgit.

Namun ada yang berkata, tidak mustahil harga petai berkenaan mahal kerana ia dijual di rangkaian pasar raya terkemuka yang terkenal dalam kalangan T20.

Ada juga berpendapat, harga RM113.90 adalah harga untuk satu kilogram.



Bagaimanapun, rata-ratanya melahirkan rasa terkejut kerana pertama kali melihat harga petai yang begitu mahal.



Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 24-5-2023 07:13 PM
Tu kan harga utk sekilo. Kena gi timbang ler.. petai x kopek pun mahal lagi yg siap kopek jual lak kat vg
Quote penmerah 24-5-2023 07:28 PM
Aku suka kopek petai
Rasa macam ralit aje
Kerja dapur Yang paling senang

Tapi sendiri tak makan petai,
Kalau Ada petai Dalam lauk, akan diasingkan
Sedapnya sambal udang petai
Tempoyak petai

Cantik berkilat petai siap kopek kat gambar tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.092599 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top