CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Titah Kalimah Allah Hanya Untuk Umat Islam

24-5-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 486| Komen: 3

Kalimah Allah di Johor hanya boleh digunakan umat Islam.

Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan serta ditegah dan dilarang.



IG

“Di negeri Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan serta ditegah dan dilarang.

“Negeri Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. 

“Namun, enakmen itu berkecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam seni kata lagu Bangsa Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Baru-baru ini, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Sultan Ibrahim bertitah, susulan keputusan pada 18 April lalu untuk menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021, kerajaan Persekutuan perlu memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan-kesan keputusan itu.



“Hal ini kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini. Peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk kita akan terus terpelihara,” titah baginda.

Baginda tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat, terutamanya umat Islam, tidak akan dibenarkan di negeri ini selari dengan kedudukan Islam dalam Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote a4_paper 24-5-2023 09:09 PM
salud !!! steady sultan
Quote esbok 25-5-2023 09:05 AM
Yang ni saya sokong tuanku.  mantop. sepatutnya dah takde pertikaian dah satu negara. Majmuk memang majmuk, negara ni kan ada agama rasmi.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059203 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top