CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Malaysia Seriau Tengok Orang Putih Berani Kutip Perabot Lama Bawa Balik Rumah, Takut Hantu Ikut Sekali

24-5-2023 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1980| Komen: 39

Sebuah video tular dipercayai di Amerika Syarikat menunjukkan seorang wanita menemukan sebuah sofa lusuh di tepi jalan bernilai hampir 8,000 dolar Amerika Syarikat (RM36,560).

Setelah dibersihkan dengan pelbagai kaedah, wanita itu meletakkan perabot tersebut di ruang tamu untuk menyerikan kediamannya.


Bagaimanapun situasi itu menimbulkan persoalan orang Malaysia tentang mengapa pendekatan sebegitu tidak diamalkan di negara ini walhal lambakan perabot lama juga boleh didapati di tempat pembuangan sampah.


"Di Malaysia, kita tak ambil perabot lama yang dibuang sebab...." kata seorang lelaki di Twitter.

Mungkin kerana mitologi yang sudah terpahat dalam cerita rakyat, kebanyakan maklum balas warga maya mengaitkannya dengan unsur mistik.

"Buruk padah bawa balik barang yang tidak tahu asal-usulnya. Ini kisah saya, saya pernah bawa balik mesin basuh lama waktu saya duduk kolej dulu.


"Kami tak pasangkan pun mesin basuh tu ke dengan soket elektrik, tapi setiap kali pukul 3 pagi, mesin basuh tu akan berbunyi.

"Hantu pun basuh baju, patutlah baju mereka selalu warna putih," ujar seorang warga maya.



Menyokong pandangan sama, warga maya lain juga mengatakan setiap barangan terpakai berisiko mempunyai 'penunggu'.

"Barang dibuang ada kemungkinan disumpah, atau pernah jadi tempat pembunuhan, tak boleh sembarangan bawa balik, tahu-tahu je rumah kita dah berhantu.

Setiap barangan antik tidak terlepas daripada kisah seram yang tersendiri. -Gambar hiasan

"Nanti ada kelibat pontianak dan pocong dalam rumah. Mahal dan cantik macam mana pun tak akan dibawa balik.

"Kena paling berhati-hati dengan meja solek yang ada cermin," kata warga maya.

Selain itu ada juga berpendapat punca masyarakat Malaysia kurang berminat dengan barangan lama adalah serangan serangga pepijat.

"Ia sama ada hantu atau pepijat je. Satu rumah kena gigit nanti. Dah payah, semua tilam dan sofa kena jangkit sekali.

"Tapi jangan risau, ada pakej cuci sofa untuk buang pepijat. Mereka guna wap dan air panas. Kemudian guna penyedut hampagas dan sental. Lepas tu jemur lama bawah matahari dan pengering.

"Memang hilang terus semua pepijat tu," kata warga maya.

Ada juga warga maya yang mengatakan perabot di Malaysia tidak boleh digunakan semula kerana ia kerap 'dihenyak' sehingga lunyai.

"Sebab dekat Malaysia kita pakai sampai hancur. Kalau dekat negara Barat, mereka selalu tinggalkan dekat luar dalam keadaan baik untuk kelestarian alam.

"Boleh digunakan semula kalau ada siapa yang nak, tak terus ke tempat pembuangan sampah," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 24-5-2023 12:34 PM
byk sgt tengok  drama...
drama sofa lama ke apa yg sofa berhantu tu
Quote pokokmeranti 24-5-2023 12:35 PM
agaknya tilam yang diusung keluar masuk mahkamah ada nilai tak?
Quote Beribear 24-5-2023 12:37 PM
Tak bawak balik 1st geli, 2nd not my type & 3rd i don't like barang 2nd hand
Quote shamsadis 24-5-2023 01:02 PM
kalau ada hantu, boleh teman borak2
Quote Atata 24-5-2023 01:07 PM
Pastu ada pijat eeuuwww
Quote Kitty_catz 24-5-2023 01:08 PM
mulayu dan antoo berpisah teda

Quote Thunderclouds 24-5-2023 01:24 PM
Kulur kilir sembang isley tapi takut hantu.
Kulur kilir zikir takut lari akidah,tp kuat percaya menda² mistik.
Quote matamata 24-5-2023 01:40 PM
Sembang2 Komen dlm SM pun boleh jadi berita ka?
Sampah punya berita
Quote Decaffeinated 24-5-2023 02:06 PM
Ada ja perabut recond mostly dari hotel dan Grade A offices.

Perabut IKEA ofkos lah pakai buang.
Quote midori888 24-5-2023 02:15 PM
Kitty_catz replied at 24-5-2023 01:08 PM
mulayu dan antoo berpisah teda



ramai org stitch video sofa biru nie kat TT maybe sbb ada 50 mill view katanyer...org yg amik sofa nie claim sofa tu harga USD8K, tapi org check bukan, clone jer. Meols tak tgk sgt, just scroll up....tapi pasan psl sofa nie
Quote sharlenetexas 24-5-2023 02:16 PM
Sofa merah.

Quote lifeline 24-5-2023 02:19 PM
tp elok sgt lagi sofanya kan
kalo kt mesia bukan xnak amik sbb takut ke apa
tp kalu yg dh buang cenggini biasanya mmg sofa yg tahap elok di buang pon
klo yg elok2 kt carousell berlambak tu pon hrga murah skit je dari yg baru
Quote Themilo 24-5-2023 02:20 PM
tahi dilempar la orang malaysia tak suka barang terpakai.

Elok laku keras jaa barang-barang sekenhen dari Singapore tu. Perabot, barang elektrik, barang dapur, mainan, semua laku.
Quote atai 24-5-2023 03:11 PM
pernah kena serangan pijat lepas amik barang kena buang ni..
Quote surfin_net82 24-5-2023 03:23 PM
Kepada yang komen jijik pakai barang sekenhen tu ..korang kalau stay hotel angkut katil comforter sendirik ke dr rumah... Muahhhaahah

Ntah berapa ratus hand dah kna henyak..
Quote cmf_PariS 24-5-2023 03:29 PM
yes kt US mmg begitu letak brg2 yg elok lg tepi jln laju je org amik.. tade isuu lgsg.. kalau dh hancur lunyai org buang terus ya..
Quote supernaturalee 24-5-2023 03:52 PM
mcm muka org melayu cikki ni

Quote Perawankota 24-5-2023 04:08 PM
Aku tak berani amik/ beli brg2 mcmni sebab 1, hygiene. 2, memang aku suka pikir benda karut2 pon…
Quote shinyoung 24-5-2023 04:09 PM
cmf_PariS replied at 24-5-2023 03:29 PM
yes kt US mmg begitu letak brg2 yg elok lg tepi jln laju je org amik.. tade isuu lgsg.. kalau dh han ...

Iya.. Ada sorg minah US buat makeover brg2 yg org nk dispose pastu jual blk.. Tp dia kreatif la.. Cntik2 la console table, drawer, kerusi yg dia baikpulih tu.. Warna2 yg dia cat blk pn cntik2.. Dh jadi permanent job dia dh.. Dia ckp skg klu dia pg mana2 perumahan dia akan tgk kot2 ada brg yg org nk dispose.. Dh tabiat katanya..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.122095 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top