Pernah memenangi kategori Penyampai Radio Popular bagi acara berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) lapan kali berturut-turut, Fara Fauzana tidak menyangka dirinya masih relevan untuk dicalonkan tahun ini.
Bagaimanapun, Fara memang sudah menjangka perkara ini akan terjadi biarpun baru membuat kemunculan semula sebagai penyampai radio selepas lima tahun bersara. “Saya tak speechless tapi sejujurnya saya tahu benda ni pasti akan berlaku bila kembali ke radio. Nak pula kembali ke Hot FM. “Cuma, saya bagitahu pengurusan yang kita hanya fokus pada radio sahaja dan tak fikir benda lain. Saya takut saya salah cakap sebab misi saya buat comeback adalah untuk go on air and enjoy. Tapi untuk menidakkan itu tidak baik. “Saya melihat benda ni dari sudut positif bila saya buat comeback lepas lima tahun. Dia ada sedikit sebanyak ada tanda aras yang memang saya diterima kembali dan penerimaan tu positif.
“Tapi bila bercakap pasal ABP, saya tak fikir pasal menang pun sebab tujuan saya hanya ingin kembali on air je. Apa yang berlaku selepas itu kita anggap rezeki sebab Fara Fauzana sendiri membesar dengan anugerah ini. “Saya rasa, kita kena tengok kita berada dalam fasa kat mana sekarang juga sebab orang dah mula panggil saya ‘aunty’ dan tak semua kenal saya. Kita tengok peredaran masa tu," ujarnya. Justeru, Fara menganggap pencalonan itu sebagai satu bonus dan dia berlapang dada jika gagal membawa pulang trofi kerana percaya orang akan memahami bahawa setiap orang ada citarasa sendiri. Untuk makluman, Fara Fauzana pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH selama lapan tahun berturut-turut, pada 2007 sehingga 2014. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT