CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

50 Tahun Fauziah Nawi Jadi Artis Langsung Tak Pernah Menang Trofi Aktres Terbaik "Kalau Dapat Datuk Pun Malu Sebab Saya Tak Berduit"

23-5-2023 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2422| Komen: 27

Fauziah Nawi, 68, tidak pernah menyimpan rasa kecewa  walaupun tak pernah menggenggam trofi aktres terbaik dalam mana-mana majlis penganugerahan di negara ini.

Dia percaya dengan rezeki ditentukan Allah S.W.T, justeru hanya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepadanya sehingga ke hari ini.



Foto: IG

“Saya pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin ke-18 bagaimanapun kalah di tangan Puteri Balqis.

“Tapi saya tak pernah kecewa, mungkin saya belum layak atau tak cukup bagus untuk menang.

“Saya juga tak terkilan sebab tak pernah dapat anugerah aktres terbaik. Saya suka bidang ini tapi tak pernah masuk sebab anugerah atau populariti,” katanya kepada Utusan.



Lima dekad berkecimpung dalam dunia seni, Fauziah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018.

Selain itu, pelakon disegani itu juga pernah menerima Anugerah Sepanjang Zaman Festival Filem Malaysia ke-31 selain dipilih sebagai Tokoh Seri Angkasa, Anugerah Seri Angkasa tahun lepas.

Bagaimanapun, seniwati ini tidak pernah meletakkan penganugerahan sebagai dorongan untuk terus berkecimpung dalam dunia seni.



“Saya cuma nak perform dan mahu terus berada dalam bidang ini kerana ia adalah punca rezeki saya.

“Kalau orang nak bagi anugerah, saya terima. Seperti arwah ayah saya pernah katakan, rezeki masing-masing.

“Saya bersyukur, pada usia menghampiri 70 tahun, saya masih relevan. Rezeki tak pernah putus, masih ditawarkan berlakon dan mengajar lakonan,” katanya lagi.


Dalam pada itu, disoal tentang penganugerahan Datuk, Fauziah merasakan dia belum layak untuk dianugerahkan status tersebut.

“Bukan tak nak, tapi, layak ke saya? Saya malu kalau ada yang tawarkan pangkat begitu sebab saya bukan orang berduit. Saya nak sumbang apa kepada masyarakat?” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 23-5-2023 10:38 PM
kenapa hashtag die justiceforpitthanif? bukan anak die meninggal time memancing?
Quote Dolmat 23-5-2023 11:04 PM
Bila tengok muka Puan Khiriah Mario teringat Puan Fauziah Nawawi.. bila tengok muka Puan Fauziah Nawawi teringat Puan Khiriah Mario..
Quote bedahmenjuyah 23-5-2023 11:12 PM
Dolmat replied at 23-5-2023 11:04 PM
Bila tengok muka Puan Khiriah Mario teringat Puan Fauziah Nawawi.. bila tengok muka Puan Fauziah Naw ...

Fauziah nawi la chuols. Yg nawawi tu fauzi suami kesayangan lisda.
Quote telracs 24-5-2023 12:45 AM
bedahmenjuyah replied at 23-5-2023 03:12 PM
Fauziah nawi la chuols. Yg nawawi tu fauzi suami kesayangan lisda.

Boleh pulak dekat² nama
Fauziah Nawi
Fauzi Nawawi
Quote dudaberhias 24-5-2023 12:53 AM
Dolmat replied at 23-5-2023 11:04 PM
Bila tengok muka Puan Khiriah Mario teringat Puan Fauziah Nawawi.. bila tengok muka Puan Fauziah Naw ...

Bila tengok Poji Nawawi mesti teringat dekat bakal somi si Yenna Nik...

Bila tengok bakal somi si Yenna Nik mesti teringat kat Poji Nawawi...

Kebetulan serhoper.... Poji Nawawi Mix Beruk Salji la katakan...

Quote EriaDoritis 24-5-2023 01:05 AM
dudaberhias replied at 24-5-2023 12:53 AM
Bila tengok Poji Nawawi mesti teringat dekat bakal somi si Yenna Nik...

Bila tengok bakal somi si ...

Ya ampuunnnn. Bila kaka duds ebut baru iolls perasan betullah iras
Quote LadyCarefree 24-5-2023 01:56 AM
halah halah kesian nenek ni. Dia yang pergi istana nak jumpa Agong kan? Terpaling retis. Bagilah dia gelaran biduanita. Kak Ogy pun dapat takkan nek poji x layak.
Quote Burong_Hantuk 24-5-2023 07:42 AM
ada la tu nnti rezeki utk Fauziah Nawawi
Quote rosedemon 24-5-2023 08:09 AM
ko siapkan bekal akhirat jela nek
Quote puanserama 24-5-2023 08:14 AM
tak big impact sgt kottt

plus nnt2 dah xde baru la dpt pangkat darjat anugerah semua tu

malaysia style..
Quote prince_marhaen 24-5-2023 10:19 AM
hashtag so drama ye... anak meninggal time mancing kan...justice apoo...speku anak kena tolak bot ke..
anugerah & gelaran ni ikutlah siapa nak bagi...takyah meratap lah..berlakon pun kerjaya sama macam orang lain.. pakcik makcik yang kerja biasa-biasa pun takde nak harap dapat datuk ke apa.. unless ada bussiness ke, buat charity ke, sumbangan pada negara ke..
Quote vanillaninja 24-5-2023 10:24 AM
At least Acik Fauziah admit sheols malu kalau dapat datukship.
Quote supernaturalee 24-5-2023 10:29 AM
rosedemon replied at 24-5-2023 08:09 AM
ko siapkan bekal akhirat jela nek

boom!!!!!!



Quote Dolmat 24-5-2023 10:41 AM
bedahmenjuyah replied at 23-5-2023 11:12 PM
Fauziah nawi la chuols. Yg nawawi tu fauzi suami kesayangan lisda.

Hahahaaa! Salah pulok.. nawawi, nawi, mawi, myvi... Maaf pada Puan Fauziah Nawi.. aaahh baru betol!
Quote Dolmat 24-5-2023 10:42 AM
Burong_Hantuk replied at 24-5-2023 07:42 AM
ada la tu nnti rezeki utk Fauziah Nawawi


Fauziah Nawi... Kita dah salah bubuh nama Pak nya.  
Quote Dolmat 24-5-2023 10:45 AM
dudaberhias replied at 24-5-2023 12:53 AM
Bila tengok Poji Nawawi mesti teringat dekat bakal somi si Yenna Nik...

Bila tengok bakal somi si ...

Satu genetik beruk salji, satu genetik beruk hutan, satu genetik sun wukong tergedik berok pandai joget Hindustan!  .
Quote SembangKari 24-5-2023 10:48 AM
Tapi dia belakon best
Quote greantea 24-5-2023 11:06 AM
kdg2 dia berlakon over sgt.
kdg2 jek. ada jugak y ok, cuma x meninggalkan kesan
Quote ashcroft86 24-5-2023 11:33 AM
greantea replied at 24-5-2023 11:06 AM
kdg2 dia berlakon over sgt.
kdg2 jek. ada jugak y ok, cuma x meninggalkan kesan

Betul. Half of the time mcm over klu sheols blakon. Klu jdi mak tu, mak yg terover emosional. Pastu dah jdi typecast. Rasanya Ogy ada lebih byk range dri sheols ni.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.040518 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top