Bella Astilah mengalah dan terpaksa duduk dalam penghawa dingin ketika berada di rumah bersama suaminya, Aliff Aziz. Bella kata Aliff tidak tahan dengan cuaca panas dan ia sangat berbeza dengan dirinya.
“So far saya memang boleh tahan panas tapi kalau macam Aliff, dia memang tak boleh. Dia seorang yang tak boleh tahan panas dan memang akan duduk dalam aircond,” katanya kepada XTRA. Bella berkata, dia tidak tahan duduk dalam keadaan yang sejuk tetapi disebabkan suami dan anak-anaknya, dia mengalah.
“Saya pula jenis yang tak tahan sejuk so memang ngam lah, seorang tak tahan panas, seorang lagi tak tahan sejuk. “Tapi sebab anak-anak semua pun suka sejuk, jadi Bella memang kena mengalahlah, dah pakai aircond, buka kipas semualah,” katanya.
Dalam pada itu, wanita berusia 29 tahun ini juga sering memantau anak-anaknya, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas melanda Malaysia selepas anak lelakinya, Mohamed Ayden Adrean demam sehari sebelum raya. Dia sekeluarga terpaksa membatalkan tiket penerbangan ke Singapura pada Hari Raya kerana anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Sepatutnya balik tapi tak dapat balik last minute anak pertama kali kena demam yang terlalu panas sampai masuk hospital jadi kita tak dapat balik raya. Tapi, mertua semua datang dari Singapura ke Malaysia.
“Ini kali pertama anak saya demam panas sampai sawan dan masuk hospital selama empat hari,” katanya lagi. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|