CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Okey, Tak Iri Hati Pun Sharnaaz Bahagia Dengan Amelia Christie' - Azira Shafinaz

23-5-2023 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2631| Komen: 12

Azira Shafinaz yang pernah digosipkan bercinta dengan Sharnaaz Ahmad, gembira melihat kebahagiaan aktor itu dengan aktres baharu, Amelia Christie.

Aktres berkenaan berkata, sebagai bapa tunggal, semestinya Sharnaaz berkeinginan untuk membina keluarga baharu dan dia berhak untuk hidup bahagia.



IG

Justeru, Azira mendoakan yang terbaik buat bapa kepada Jebat Jayden Ahmad.

"Dengan siapapun dia keluar atau berkawan, saya rasa dia berhak untuk bahagia. Saya doa yang terbaik buat dia.

"Dia pun seorang ayah dan semestinya, dia ada impian bina keluarga baharu sendiri," katanya kepada OHBulan ketika ditemui di set penggambaran filem terbaharu Syerif di Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi, pada Isnin.



Malah, aktres itu turut menegaskan langsung tidak timbul perasaan iri hati melihat hubungan rapat Sharnaaz dengan Amelia.

"Saya tengok video itu yang mereka pergi malam gala Polis EVO 3 bersama. Okey dan itu bagus buat mereka.

"Saya pun tiada rasa iri hati pun. Saya dengan Sharnaaz pun sekadar berkawan. Sebab itu saya selalu rasa kelakar sebab sejujurnya, saya bukan jenis nak sibuk pasal hal orang. Kalau dia ada teman wanita baharu pun, saya okey," ujarnya.



Sebelum ini, Sharnaaz dan Azira digosipkan bersama selepas aktor itu memuat naik foto memeluk bahu aktres berkenaan di IG Stories selain kelihatan mesra saling berbalas komen di media sosial masing-masing.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 23-5-2023 04:43 PM
buat apa iri hati dgn nanas tu
bersyukur sgt hang lari dr laki si terpaling betul ni
Quote BoongaKertas 23-5-2023 08:00 PM
apa plak dia nak jeles. euw, nmpak baran kot.
Quote cantthinkofany 23-5-2023 08:04 PM
laaa.....terbaru pun actress ke?...kata tak nak retissssssssssss.....
Quote exclusive_vvip 23-5-2023 08:08 PM
cantthinkofany replied at 23-5-2023 08:04 PM
laaa.....terbaru pun actress ke?...kata tak nak retissssssssssss.....

dia saja gedik la tu buat status aritu..puiii
Quote dudaberhias 23-5-2023 08:15 PM
kata tak nak kahwin dengan retis... hujung2 bughit retis muda juga dia cari... tu petanda untuk lari lah cepat2... sah2 kalau dia tak nak jadikan retis isteri sekadar nak puaskan ciknek putik jagung tu jah gittewww....

Quote stania83 23-5-2023 08:43 PM
taste shahnaz ni perempuan yg cantik dan comel..
Quote eqah87 23-5-2023 09:49 PM
kalau jodoh tak ke mana..tpi azira deserves better. yg ex tu pun tak pyh lah hehe
Quote NurAlia14 23-5-2023 10:06 PM
Kenapa dia kena komen ek wartawan ni pown
Quote LadyCarefree 23-5-2023 10:45 PM
Pelik pula wartawan nak tanya kenapa azira nak jealous.
Quote bedahmenjuyah 23-5-2023 11:27 PM
Azira mmg tak mau pun kan. Sesedap je reporter tanya tak jeles ke.
Quote tahanie 24-5-2023 06:33 AM
Sweet muka she
Quote Burong_Hantuk 24-5-2023 07:41 AM
x payah nk hadapppp jantan mulut jamban ni..dh ler sendu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046248 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top