Tidak semena-mena nama Zara Sya terkena tempias berita pertunangan Shuib dengan Watie Hanafiah. Menjelaskan tanda tanya ramai yang 'kecewa' dia tidak berjodohan dengan pelawak itu, aktres berkenaan berkata, mereka tidak pernah ada sebarang hubungan romantik.
Sebaliknya, apa yang dipaparkan di media sosial sebelum ini hanyalah gimij perniagaan bagi produk minuman yang pernah diusahakan mereka. “Ada orang bertanya kenapa bukan Zara dengan Shuib, kenapa, kenapa dan kenapa.. kita nak buat apa. Saya dengan Shuib bukan pernah ada apa-apa pun. “Sampaikan orang nak menjodohkan, hendak mengaturkan hala tuju hidup saya dengan siapa. Orang kata, gosip saya dan Shuib sebelum ini, seperti yang orang tahu sekadar ‘content’ bisnes. “Tak pernah ada hubungan apa-apa. Pasangan hidup kita ini bukan orang lain yang tentukan, kita sendiri yang tentukan. Saya tidak beritahu siapa pun, tiada siapa yang tahu. “Jangan terlalu syok sangat hendak mengaturkan kita punya kehidupan,” kata Zara kepada Gempak. Justeru, Zara berharap netizen berhenti menjodohkan namanya dengan Shuib dan sentiasa berfikiran positif. - CARI
|
dudaberhias replied at 23-5-2023 04:00 PM
Mentang2 la ZZ tu andartu berjawatan eksekutif... Tergamak ko nak pedajal dan mengaminkan dengan jej ...
ADVERTISEMENT