Sudah beberapa kali berpeluang menunaikan umrah, kini tiba rezeki pelakon Zul Ariffin untuk menunaikan ibadah haji pada bulan hadapan. Pemilik nama sebenar, Zulkifli Ariffin itu mengakui tidak menyangka peluang untuk menunaikan rukun Islam itu datang awal dalam hidupya.
“Memang sudah rezeki dijemput ke sana. Saya rasa teruja. Sebelum ini pergi umrah pun teruja juga cuma haji lautan manusianya kita tak tengok lagi macam mana. “Kalau dulu tengok dalam televisyen, sekarang kita rasai pengalaman menunaikan haji itu sendiri. “Dekat sana nanti musim panas. Sangat panas 45 darjah selsius sekarang,” kongsi pelakon berusia 37 itu semasa lawatan media filem Syerif di Lapangan Terbang Lama Sungai Besi, di sini, malam tadi. Kongsi Zul yang memainkan peranan sebagai Syerif dalam filem arahan Syarif Yusof, dia akan berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun depan. “Saya akan pergi tunaikan ibadah haji pada minggu kedua bulan Jun depan. Dalam 10 Jun macam itu saya berangkat ke sana.
“Rombongan jemaah hari pertama dah mula berlepas sekitar 20 hari bulan tempoh hari. Saya menerima jemputan tapi bukan melalui Tabung Haji,” katanya. Sejak Ogos tahun lalu, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) itu sudah tiga kali menunaikan umrah. Sumber: Kosmo! Online
|
spy_caridotdot replied at 23-5-2023 07:18 PM
Bukan panggilan haji dari tabung haji. Tapi cerita macam terkejut bebenor dapat pi haji. Kalau pegi ...
prettyuglybabe replied at 23-5-2023 04:24 PM
kalau bukan under th, maksudnya dia pi private la..
ingatkan dapat panggilan th tak disangka gitu..
...
Minami2013 replied at 23-5-2023 09:33 PM
Soalan i, kalau pergi private confirm dpt pergi ke? Atau still bergantung kpd quota?
Anyway, moga m ...
cik_kaer replied at 23-5-2023 02:48 PM
Tak semestinya. TA private local pon dpt quota dr TH.
Semua jemaah tetap kena registered haji und ...
ADVERTISEMENT