CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Cemuh Pembeli Tiket Konsert Coldplay, "Baik Guna Duit Untuk Buat Ibadah Korban"

23-5-2023 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1148| Komen: 36

JAKARTA – Harga tiket konsert kumpulan rock popular, Coldplay yang mahal mencetuskan banyak perdebatan di media sosial Indonesia.

Ada antara mereka yang menghasilkan meme menyeru umat Islam agar menggunakan wang mereka untuk melaksanakan ibadah korban.


Okezone melaporkan, menerusi meme yang kini tular di internet, netizen menyeru peminat di Indonesia supaya mengutamakan bayaran untuk melaksanakan  ibadah korban sebelum menonton konsert  Coldplay.


Foto: FB

Meme tersebut mempunyai imej lembu di samping kumpulan Coldplay yang membuat persembahan.

Konsert Coldplay di Indonesia bakal berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 15 November depan.

Tiket dijual pada harga berbeza berdasarkan kategori  yang bermula daripada 800,000 rupiah (RM243) hingga  1.2 juta rupiah (RM365) serta 5 juta rupiah (RM1,523).


Dua kategori termahal yang menjadi perhatian ramai pula berharga 5.7 juta rupiah (RM1,737) dan 11 juta rupiah (RM3,352). 

Sementara itu, Hari Raya Aidiladha dijangka disambut oleh umat Islam di Malaysia pada 29 Jun ini, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1444 H. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 23-5-2023 08:47 AM
peminat punya dhuet, netijen yg panas

amende le set2 indon jonggoihhh neh
Quote Samerosie 23-5-2023 09:11 AM
Bitter kan sendiri tak nak pergi ke tak dapat pergi, mesti akan guna alasan ugama macam ni.  Move on la ... duit orang sukati derang la nak buat apa.  Yg kecoh2 tu pun entah2 dia pun tak de buat korban...
Quote esbok 23-5-2023 09:19 AM
Edited by esbok at 23-5-2023 09:20 AM

Bagus juga teguran ni, walau orang kata tahun depan bole lagi buat qurban,
coldplay tak tentu ada lagi buat concert dah

Tapi esok, kita belum tentu lagi ada umur
Quote aciksenah 23-5-2023 09:20 AM
Apa masalah..ntah2 yang beli tiket coldplay tu tiap2 tahun buat korban. Mana nak tau kan?
Quote ardent91 23-5-2023 09:20 AM
esbok replied at 23-5-2023 09:19 AM
Bagus juga teguran ni, walau orang kata tahun depan bole lagi buat qurban,
coldplay takde tahun depa ...

boleh jer beli dua2.. beli ticket coldplay dan pada masa yg sama bayar harga korban.. nah! hows that? benda boleh buat dua2 xyah nak make things complicated la

Quote aciksenah 23-5-2023 09:22 AM
Samerosie replied at 23-5-2023 09:11 AM
Bitter kan sendiri tak nak pergi ke tak dapat pergi, mesti akan guna alasan ugama macam ni.  Move on ...

Kan...berkicau je banyak biasanya. Tak payah la nak sibuk dgn orang lain punya duit. jaga diri sendiri sudah.

Quote pekanwoohoo 23-5-2023 09:22 AM
Kesian lah dengan orang miskin ni bila sibuk dengan kehidupan orang yang lebih berduit dari diorang ni...
Quote ifanonline 23-5-2023 09:23 AM
ada benarnya...coldplay ni tak penting sebenarnya...sekadar hiburan duniawi yg tidak memberi apa2 manfaat di akhirat kelak...

apetah lagi coldplay ni menduakan tuhan...kayu api neraka la jawabnya
Quote esbok 23-5-2023 09:28 AM
ardent91 replied at 23-5-2023 09:20 AM
boleh jer beli dua2.. beli ticket coldplay dan pada masa yg sama bayar harga korban.. nah! hows th ...

Dia pesan ke orang yang tak buat, sebab tu sebut 'utama'. Ko da tu, dah la. Ko yang complex nyah.
Quote grouper 23-5-2023 09:29 AM
Ikut Iman le...klau rasa p konsert x buang masa, duit n bukan perkara lagha...p la tgk
Quote ardent91 23-5-2023 09:33 AM
ifanonline replied at 23-5-2023 09:23 AM
ada benarnya...coldplay ni tak penting sebenarnya...sekadar hiburan duniawi yg tidak memberi apa2 ma ...

pekerja gomen yg pemalaz yg suka curik tulang waktu kerja agak2 ke neraka ke syorga?

Quote hayrin86 23-5-2023 09:43 AM
Nasihat yang molek.. Daripada beli tiket konsert Coldplay dan mana-mana artis luar Malaysia termasuk Kpop baik beli telefon yang boleh ambik gambar malam atau laptop untuk gaming (boleh juga digunakan untuk suntingan video)..
Quote shida81 23-5-2023 09:52 AM
Org x de duit je ckp mcm tu
Quote heywana 23-5-2023 09:59 AM
ardent91 replied at 23-5-2023 09:33 AM
pekerja gomen yg pemalaz yg suka curik tulang waktu kerja agak2 ke neraka ke syorga?

Syorgaaaa. Tambah2 sokong pis. Mereka Isley.
Quote ifanonline 23-5-2023 09:59 AM
ardent91 replied at 23-5-2023 09:33 AM
pekerja gomen yg pemalaz yg suka curik tulang waktu kerja agak2 ke neraka ke syorga?

bukan gomen shj, swasta dan keje sendiri kalau curik tulang masuka neraka tak?

coldplay dah tentu masuk neraka kerana menduakan tuhan
Quote AbukRokok 23-5-2023 10:18 AM
Nasib baik xminat colplir
Minat cold blue
Quote kalchi 23-5-2023 10:43 AM
Kemain indon2 ni. Pumpang2 psl Alloh babi tak bole makan haram sana haram sini smayang pon ikut mazhab apa taktau qadha sekaligus sukati dia.
Quote jejaka_hensem 23-5-2023 10:47 AM
Netizen indo = netizen malaysia
Quote asamfish 23-5-2023 10:50 AM
halah halah halahhhh...nko ingat sume org sengkek mcm nko kewwww......jgn pandang org sebelah mata jewwww......entahkan yang pegi tgk coldplay tu, buat korban merata alam...derma merata alam....nko sendiri tu, ada kewww derma or buat korban?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043751 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top