CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Era Kegemilangan Elite Dah Berlalu, Linda Rafar Tak Kisah Dilihat Sebagai Penyanyi Kerohanian

23-5-2023 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2139| Komen: 29

Linda Rafar berlapang dada jika dilihat sebagai penyanyi kerohanian apabila muncul dengan single terbaharunya berjudul Sujud.

Azlinda Abdul Rafar, 45, menyedari zaman menyanyi sambil menari seperti era kegemilangan kumpulan Elite sudah berlalu.



IG

“Pada usia sekarang tidak mungkinlah saya mahu menyanyi lagu yang memerlukan tarian melompat-lompat di atas pentas.

“Jika dengan lagu Sujud saya dilabel sebagai penyanyi kerohanian, saya okey dan suka. Memang sekarang ini saya lebih ke arah agama, jika dapat berdakwah dengan nyanyian apa salahnya,” tutur Linda.

Sungguhpun begitu, tidak bermakna dia tidak menyanyikan lagi lagu-lagu Elite, sebaliknya masih kekal aktif menerima undangan pentas atas nama kumpulan yang pernah popular sekitar 1990-an dan 2000 itu.

“Sebenarnya sehingga kini saya masih menerima undangan menyanyikan lagu-lagu Elite. Kebanyakannya untuk acara makan malam.


“Namun, saya tidak lagi menari seperti dahulu, walaupun lagu rancak saya boleh sesuaikan dengan imej pada hari ini,” ujarnya.

Berkongsi lanjut tentang single terbaharunya, Sujud ciptaan komposer dari Indonesia, HerdaSyira, Linda sebenarnya mengambil masa untuk memilih karya yang tepat buat dirinya.



“Boleh dikatakan 80 peratus liriknya seperti menceritakan kisah hidup saya.

"Sebelum bersama Elite, saya ditimpa beberapa ujian, kemudian kehilangan anak dan ibu.

“Ujian datang bertimpa-timpa. Lagi saya mahu dekat dengan Allah, lagi banyak ujian yang diberikan.

“Sebelum ini saya fikir adakah ini hukuman atas kesalahan-kesalahan yang pernah saya lakukan, tetapi akhirnya saya sedar bahawa ujian itu adalah tanda Allah sayang pada kita.

“Sujud sebenarnya lagu untuk kemunculan semula saya sebagai penyanyi solo. Selepas rakaman selesai baru saya perasan lagu ini sangat sesuai dengan drama Zuriat Dari Penjara.

“Insya-Allah jika sambutan menggalakkan barulah saya terfikir untuk mengeluarkan album penuh,” tutur Linda.

Menyambung bicara soal kerjaya, Linda yang dilihat semakin memperlahankan kerja lakonan menjelaskan, kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaan termasuk jenama pakaian muslimah, LRHijab menuntuit banyak komitmen daripadanya.



“Saya menguruskan anak-anak sendiri, jadi masa saya untuk kembali berlakon agak terbatas. Kadangkala rasa bersalah menolak tawaran lakonan tetapi keluarga adalah keutamaan saya.

“Jika terasa rindu untuk berlakon saya tetap akan terima tawaran lakonan tetapi hanya untuk telefilem atau program-program hiburan yang tidak memakan masa lama di set penggambaran,” tutur Linda.

Berbeza dengan kerjaya nyanyian, bidang itu tidak sesekali ditinggalkan, sebaliknya sudah menjadi seperti satu terapi buat dirinya.

“Saya sebenarnya lebih minat menyanyi berbanding lakonan. Sebab itu, saya banyak tolak tawaran lakonan kerana tidak ada jiwa, tetapi nyanyian adalah satu terapi.

“Sebab itu, sampai hari ini saya masih menerima tawaran nyanyian.

“Bagi saya, apabila kita melakukan pekerjaan yang disukai dan dapat menggembirakan orang lain, ia adalah satu kebahagiaan buat saya,” luah Linda yang bakal mengeluarkan koleksi pakaian umrahnya sendiri dalam masa terdekat.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 23-5-2023 02:19 PM
dh dengar lagu Sujud ni..ok la sdp didengar, cuma i rasa LR takkan bole nyanyi live lagu ni
Quote Burong_Hantuk 23-5-2023 02:30 PM
sorry x pernah minat kat linda nih...esp pasal kes gamba porno sheol dgn ex bf dulu..propa
Quote VirginLady 23-5-2023 07:58 PM
Huh..sedap??
naper aku rasa mcm budak baru dapat microphone je??
mcm penyanyi indon pelat x jadi
Quote ezacbee 23-5-2023 08:11 PM
Dalam elite, linda suara paling x sedap.

Cintaku bebal hak milik kekal...
Quote cmf_premierleag 23-5-2023 08:33 PM
ezacbee replied at 23-5-2023 08:11 PM
Dalam elite, linda suara paling x sedap.

Cintaku bebal hak milik kekal...

Yg si Azza lak mcm tgh kunyah sirih
Sasha lak bila menyanyi,muka mcm tin biskut cap ping pong tgh bergerak2
Yg si Watie lak sengau
Yg normal cuma Abby Abadi..last2 jd ustajah
Quote cm_vungtau 23-5-2023 09:31 PM
Dah buang purdah ke?
Quote Aneem 23-5-2023 09:47 PM
Terkenang2 kisah silam kau kak
Harap anak2 tak google la ye
Quote Blessed_Servant 23-5-2023 09:52 PM
Aneem replied at 23-5-2023 09:47 PM
Terkenang2 kisah silam kau kak
Harap anak2 tak google la ye

I murung leps tgok gmbar tu..Zamn skrg ni bila Allah jga aib kita tu syukur sangat lah.
Quote Aneem 23-5-2023 09:55 PM
Blessed_Servant replied at 23-5-2023 09:52 PM
I murung leps tgok gmbar tu..Zamn skrg ni bila Allah jga aib kita tu syukur sangat lah.

Mata aku naik ketumbit tau.
Aku percaya akan ada forumer dlm ni yg akan gali balik gambau deme dua.
Tolong le jgn tepek kat sini.
Quote Dolmat 23-5-2023 10:09 PM
Alahaiiiii dari dulu suara elite tak bleh pakaiiiiii... Setakat joget loncat2 lompat2 tendang2, goyang2 step 1 2 3 4 jer...
Quote jambatannetizen 23-5-2023 10:10 PM
Blessed_Servant replied at 23-5-2023 09:52 PM
I murung leps tgok gmbar tu..Zamn skrg ni bila Allah jga aib kita tu syukur sangat lah.

Adoii setiap kali tengok muka dia, selalu ingat gamba2 tu. Google je si polan itu dgn linda keluar terus dekt image google.
Quote codenamedream 23-5-2023 10:12 PM
Aneem replied at 23-5-2023 09:55 PM
Mata aku naik ketumbit tau.
Aku percaya akan ada forumer dlm ni yg akan gali balik gambau deme dua ...

Gambar ni ke?
Cookies Sausage.png
Quote Blessed_Servant 25-5-2023 11:05 PM
jambatannetizen replied at 23-5-2023 10:10 PM
Adoii setiap kali tengok muka dia, selalu ingat gamba2 tu. Google je si polan itu dgn linda keluar ...

I haritu ada forumer ckp pasal acik zz. Then dalam tu ada skali gambo akk ni.tak sangka betul. Masing2 dah berfamily sekarang. Menyesal i tengok. Just nak tau maksud nickname acik zz tu je. Semoga Allah ampun dosa kita semua.
Quote Blessed_Servant 25-5-2023 11:06 PM
Cleocatra replied at 23-5-2023 10:26 PM
Sheol sampai sekarang ada je dok mengomen kat ig edry. Sampai ke sudah mamat tu tak pernah balas.

Edry tu nampak komited sangat ke family sekarang.Dah org taknak ingat masa silam. Dia tak malu ke? Agak2 la nak open minded
Quote jemahjacjon 25-5-2023 11:08 PM
Yesss wlupun suara dia hauk hauz di aidilfitri, tp muka dia sejenis lawo. Mata nye kuyu gitu
Quote dudaberhias 25-5-2023 11:11 PM
memang la dah takde kegemilangan...

dah la tersebar gambar kau dengan si jantan rhoper macam kucing kurap duduk atas beg plastik sampah hitam...

boleh terbau dari skrin tahu tak! sah2 la kalau muka pun berlangas mesti lah ada bau2 cencalok dan belacan dalam suasana gambar tu... macam gampunk betul...

ciknek laki plak hitam... macam kena sembur asap rokok hari2... yihhhhh!

Quote Nozot 25-5-2023 11:12 PM
Tak boleh nak minat dia nie, termasuk yg lain..aura bimbo kuat sangat walau dah 40an
Nasib lagu - lagu elit best.
Quote jambatannetizen 26-5-2023 12:34 AM
Cleocatra replied at 23-5-2023 10:26 PM
Sheol sampai sekarang ada je dok mengomen kat ig edry. Sampai ke sudah mamat tu tak pernah balas.

Apa ekz depa rasa bila teiringat balik? Siap ada gambr linda bj lagi.
Quote Blessed_Servant 26-5-2023 12:38 AM
Cleocatra replied at 26-5-2023 12:32 AM
Yelah edry tak berkait dah dengan dia
Sebab memang tak de lain orang akan ingat punya
Malu! Entah2 ...

Dorg kapel ke dulu ke buat job je? Bneda silam orang sebolehnya taknak ingat. Stress menghantui. Boleh pulk dia selamba je. Takde rasa besalah ke sekarang menunggang agama. Dulu rimas tengok dia dengan ustz wadi tu. Kesian time ank dia meninggal tu je la.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078430 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top