Seorang individu meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir pemandu bas yang tidak beradab. Berkongsi pengalaman sendiri, dia menceritakan situasi dilaluinya ketika menaiki pengangkutan awam tersebut. Dalam satu situasi, individu itu mendakwa pernah berlaku kejadian apabila seorang pemandu bas dengan angkuh dan tanpa rasa bersalah membiarkan penumpang menunggu di bawah panas terik walaupun boleh membuka pintu lebih awal. Hantaran yang dikongsi di grup B40 Buat Perangai Apa Harini turut disokong rata-rata ahli kumpulan Facebook tersebut malah ada yang berkongsi pengalaman yang hampir serupa.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT