CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri Tak Pernah Terbayang Wajah Saya Akan Terpampang Di Papan Iklan Gergasi New York Times Square

23-5-2023 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1176| Komen: 6

Ernie Zakri melahirkan rasa syukur selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.

“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.


“Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” ujar Ernie tentang berita tersebut.


IG

Ernie turut berkongsi bahawa tahun ini telah membuahkan banyak kenangan manis buatnya secara peribadi. Malah, Ernie mempunyai banyak perancangan untuk tahun 2023.

“Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” sambungnya lagi.

Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Selain itu secara kebetulan, Siti Nurhaliza yang baru sahaja membuat persembahan bersama Ernie juga pernah diberi penghormatan tersebut.

Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

“Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita. Dan inilah yang ingin saya laungkan.

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari. Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup dan kerjaya.

“Akhirnya, penguat semangat dan pendorong saya adalah keluarga tercinta,” jelasnya panjang lebar.

Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.

Terdapat 35 senarai main tempatan EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara, dan Ernie merupakan wakil daripada senarai main EQUAL Malaysia & Singapura.

Selain itu, terdapat juga Senarai Main EQUAL Global “terbaik” yang mengandungi muzik dari artis EQUAL dari seluruh dunia.

Ernie Zakri menyambung legasi papan iklan New York Times Square ini selepas beberapa nama besar sebelumnya seperti Yuna, DOLLA dan beberapa lagi. 


Sumber: BOOM!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 23-5-2023 07:36 AM
Ntah.
Maybe aku jahat kot.
Tp takat terpampang atas tiket spotify tu, mcm x berapa ade nilai pada aku.
Lain la kalau mmg terpampang atas album sendiri,
or produk ape2 la.
Quote dudaberhias 23-5-2023 09:07 AM
setakat terpampang sebab spotify memang promot artis2 asia + culture woke...
hendon yindu majapahit yang kaka tak kenal pun ramai dapat masuk billboard tu nyah...

Quote prince_marhaen 23-5-2023 09:31 AM
takkan level ernie & tokti sama ngan dolla, iman troye, layla apadia tu kot... ekekekekekeke.. kalau album or ambassador brand high class jugak.. spotify je nokk..
Quote chikumanis 23-5-2023 11:17 AM
boleh masuk dalam resume tak? me tanya jujur ni
Quote Burong_Hantuk 23-5-2023 02:57 PM
Quote aemon 23-5-2023 03:01 PM
siti lijah pernah terpampang tak kt papan times square ni?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.030397 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top