CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Suka Kamera” – Perlu Teliti Komitmen, Mira Filzah Bersikap Terbuka Jika Anak Dilamar Jadi Duta

22-5-2023 11:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1559| Komen: 16

Pelakon Mira Filzah memaklumkan bahawa dia bersikap terbuka jika anak lelakinya, Wan Khair Amir, 1, untuk terlibat sama dalam dunia komersial.

Walaubagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, akui perlu teliti komitmen yang perlu diberikan oleh Amir dari segala aspek.



“Bergantung kepada sesetengah jenama, mungkin komitmen juga. Apa-apa komitmen pun kalau dia nak melibatkan Amir pun kena tengok juga.

“Kena tengok photoshoot, video shoot Amir okay ke? Berapa kali? Media sosial dan lain-lain. Akan dipertimbangkan,” katanya kepada XTRA.

Ditanya kebersediaan Mira jika anaknya ditawarkan untuk menjadi duta, dia mengakui anaknya mudah untuk beri kerjasama dan akan mempertimbangkannya.

“Macam Amir, Mira pernah shoot untuk Coway punya produk posting media sosial, Masa itu dia (Amir) berusia enam bulan dan sangat beri kerjasama sebab tak boleh berjalan lagi. So, okay Alhamdulillah.


“Kalau ada in future nak melibatkan dia (Amir), saya boleh pertimbangkan sebab Amir pada pemerhatian saya suka kamera. So, dia mudah untuk bekerja dengan kamera. Nampak senang bagi kerjasama,” ujarnya lagi.

Mira ditemui di acara Coway Brand Renewal Media Event 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

Untuk info, Mira Filzah merupakan duta jenama tempatan Coway Malaysia sejak tahun 2022.

Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI, baru-baru ini.

Inisiatif pembaharuan jenama ini selaras dengan ulang tahun ke-17 mereka dan menandakan komitmen berterusan jenama ini untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.

Semasa acara Brand Renewal, wakil-wakil jenama ini berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi mereka sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 22-5-2023 11:27 PM
Tiberrrrrrr....
Susahnya cari duit ye skrg...

Quote slyfynx 22-5-2023 11:46 PM
Huhuhu, ni ayat nk jual anak utk komersial ni.
Quote kitmal9545 22-5-2023 11:55 PM
Menjaja anak pulak ke..tak takut ke penyakit Ain
Quote Carcosa 23-5-2023 01:11 AM
Hak alah si muka basic nih. Dah sendu la tu. Nak jual anak pulak. Pilih yg mana sesuai kononnn. Kau nak pilih jenama yg paling famous kan?? Yihhhh perasan.
Quote I.K.A888990 23-5-2023 01:39 AM
comeynya anak dia senyum
Quote Qatrunnadaain 23-5-2023 04:00 AM
Baby juling susah sikit kot..
Quote Lilipelangi 23-5-2023 04:44 AM
Anak dia comel
Quote Tudungpink 23-5-2023 08:13 AM
So cite dia dah ada dilamar ke?  Ramai sgt anak retis kecik2 ni.. Mana yg manager power boleh la dpt brand popular n bayaran mahal... Gud luck baby
Quote cattiecute 23-5-2023 10:22 AM
bibit bibit awal suruh anak berkerja seawal setahun.
Quote Kurex 23-5-2023 11:06 AM
Dah takde job menimbun, kau jual anak pulak demi kelangsungan hidup yg tak menentu tu! Bakat pun tak boleh pergi jauh, takat tu je la kemampuan kau. Berlakon pun kayu, nak ajar pulak si MK yg kayu tu jiwai watak & hilang nervous! Padahal kau berlakon pun balik2 watak sama. Pengarah pun tak tau nak bagi watak apa dekat kau sampai dorang dah taknak ambik kau berlakon. Mengacara pun tak best! Meleweh2, cover ayu padahal belakang orang kemain kentut kuat. Kau nak tunjuk siapa sopan santun yg dibuat2 ni? Nak tunjuk dekat lelaki yg terangsang dipanggil babi sayang ke? Ke peminat kau dari kalangan pompuan tudung berbau kepam? Sekarang ni nak jual anak pulak, tau anak kau comel tapi tu hari kau kata taknak masukkan dia dalam industry seni. Macam kelyngn kau ni! Dulu kau kata taknak berlakon, nak bersara, hujung2 ada lagi muka kau dekat tv! Fungsi kau masuk tv tu sekadar jadi langau je!

Puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh
Quote Begbiru 23-5-2023 11:26 AM
masa ada jawatan menteri, mak mertua sibuk jual menantu... now nak jual anak pulak... ish ish ish
Quote imanjannah 23-5-2023 02:08 PM
mmg comel sungguh anak mira ni
Quote LadyCarefree 23-5-2023 02:28 PM
Anak dia comel yg nampak happy. Senyum manis.
Quote jiwakacau06 23-5-2023 02:32 PM
xboleh buat iklan yg ada anak... child slave kata pakgad forum cari...
karang di tuduh ajr ank menipu ..
Quote Burong_Hantuk 23-5-2023 02:35 PM
si kejung nih mcm terdesaak jerrr nk sauk duit
Quote lotusteratai 23-5-2023 02:44 PM
suka tgk anak dia..comelll

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.163790 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top