Bangkok – Pihak berkuasa Thailand memberkas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana terlibat dalam sindiket pelacuran kanak-kanak di pusat bandar Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.
Suspek didakwa mengumpan budak lelaki dan perempuan untuk menawarkan khidmat seks secara berkumpulan. Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di sebuah hotel di daerah Phranakorn, Bangkok, bersama tiga individu lelaki yang lain. Polis menerima maklumat bahawa suspek menawarkan khidmat pelacuran kanak-kanak bawah umur secara rahsia. Ia melibatkan remaja berumur bawah 18 tahun di hotel berkenaan. Pemberi maklumat berkenaan berpura-pura mahu melanggan khidmat tersebut yang ditempah menerusi laman Facebook. Mereka mencapai persetujuan untuk membayar 700 baht (RM92) untuk setiap orang selain bayaran tambahan 1,500 baht (RM197.50) untuk mengatur remaja-remaja yang memberi khidmat berkenaan.
Ketika tiba di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa pegawai polis yang memantau kawasan tersebut, mereka mendapati terdapat empat remaja bawah umur berusia antara 14 hingga 19 tahun terlibat dalam aktiviti seks berkumpulan bersama suspek. Kesemua mereka kemudian ditahan untuk disoal siasat. Suspek didapati pernah berhadapan dengan beberapa dakwaan pemerdagangan manusia pada masa lalu. Sumber: Kosmo! Online |
dua_chzy replied at 22-5-2023 10:45 PM
Heh.
Budak2 Chinks SMK kat Johor dulu masa aiols praktikal pun buat bisnes sama. Jadik manager jual ...
prince_marhaen replied at 23-5-2023 01:40 AM
heyyy samalah ngan budak chinks sekolah meols..hahahahaha dah lah yang menjual tu muka ngan perang ...
dua_chzy replied at 23-5-2023 12:12 PM
Heyyyyy ntah2 kawan yang dioffer ayam tu praktikal kat sekolah uols sebab weol pun praktikal awal ...
dua_chzy replied at 23-5-2023 12:12 PM
Heyyyyy ntah2 kawan yang dioffer ayam tu praktikal kat sekolah uols sebab weol pun praktikal awal ...
prince_marhaen replied at 23-5-2023 04:20 AM
ye meols asal johor....ahahahahahahahahaha...adakah???? meols sekolah segar-amat... hahahaha
{:8 ...
ADVERTISEMENT