CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM6.3 Juta Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI

22-5-2023 10:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 413| Komen: 4

Kuala Lumpur: Kerajaan membelanjakan RM6.3 juta bagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI dikendalikan Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), membabitkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata rumah terbuka di Kedah adalah program peringkat kebangsaan yang turut membabitkan jemaah Menteri, perwakilan asing serta ketua Jabatan kerajaan.

Beliau berkata, Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI Kedah mencatat kos tertinggi RM3.1 juta manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing RM1.5 juta.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. - Foto BERNAMA

"Jumlah perbelanjaan ini meliputi perkara seperti persiapan tempat, logistik dan jamuan.


"Jumlah kehadiran untuk program di Kedah adalah 25,000 orang manakala di Kelantan dan Terengganu masing-masing 15,000 pengunjung," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai jumlah perbelanjaan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Armizan berkata, penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri tahun lalu di Seri Perdana, Putrajaya membabitkan belanja RM11 juta dengan kehadiran 70,000 orang.

"Rumah Terbuka Malaysia MADANI membuka ruang lebih luas untuk membolehkan pemimpin kerajaan bertemu dan beramah mesra dengan rakyat di pelbagai lokasi," katanya.

Beliau berkata, penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama kementerian dan jabatan Persekutuan selain kerajaan negeri yang membolehkan kosnya dikurangkan, terutama dari segi sumber manusia serta keperluan logistik lain.

"Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia MADANI memberi peluang peniaga kecil tempatan menjana ekonomi sebagai penyedia perkhidmatan dan makan minum sepanjang majlis berlangsung.

"Kesan ekonomi ini juga dinikmati pengusaha hotel, pengangkutan dan peniaga lain yang berkaitan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 22-5-2023 11:00 PM
Cuba parti lain buat jamuan… sampai ke kedai runcit dia korek
Quote Highflyer19 23-5-2023 12:09 AM
Wah kira murah la berbanding satu tempat…
Quote MissYouSayang 23-5-2023 12:49 AM
Berlari pergi kerja, sudah.... Masuk ofis hari cuti, sudah.... Pergi sembahyang juma'at naik helikopter, sudah... Rumah terbuka madani, sudah.... Majlis hari raya, sudah.... Bas sarkis dua tingkat, sudah.... Konvensyen perpaduan, sudah... Menyanyi sudah.... Berjoget sudah.... Menari pongal sudah.... Tengok wayang untold story, sudah; apa lagi dia nak buat lepas ni..?

Sebenarnya, dah 7 bulan jadi PM dia masih terkial-kial tak tahu nak buat apa, sebab dia tak tahu pun apa tugas seorang Perdana Menteri...!!
c/p
Quote Azharitubunga 23-5-2023 12:58 AM
Highflyer19 replied at 23-5-2023 12:09 AM
Wah kira murah la berbanding satu tempat…

Formula yang sangat madani

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031815 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top