CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KDN Rampas Jam Tangan Didakwa Ada Unsur LGBT

22-5-2023 10:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3210| Komen: 102

Kuala Lumpur: Sebelas butik jam tangan jenama Swatch yang terletak di beberapa negeri diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menjual koleksi bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Serbuan dan rampasan koleksi jam tangan terbabit dijalankan selama dua hari pada 13 dan 14 Mei itu di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Manakala, lima lagi butik jam jenama sama diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Antara koleksi Pride Collection. FOTO Swatch Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, memaklumkan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu.


Beliau berkata, pihaknya menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.

"Swatch berbangga menjadi kanvas pada tangan pemakai jam jenama kami, yang merangkumi pelbagai jenis individu di serata dunia serta karyawan yang bekerjasama dengan kami.

"Jenama ini diminati kerana kreativiti dan rampaian warna yang menghiasi kualiti jam keluaran Switzerland. Kami tidak berasakan koleksi jam yang menggunakan warna pelangi dengan mesej kedamaian dan kasih sayang boleh membahayakan orang lain.

"Sebaliknya, Swatch sentiasa mempromosikan mesej positif berkaitan kegembiraan dalam hidup. Mesej ini tidak bersifat politik.

"Dalam hal ini, timbul tanda tanya adakah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan 'merampas' pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit," kata Nick seperti dipetik sebuah portal.

Nick berkata, sejak dahulu lagi jenama jam itu dikenali dengan kepelbagaian warna dan rekaan yang bertujuan meraikan kepelbagaian individu daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, Nick berharap supaya jam tangan yang dirampas itu dikembalikan semula kepada pihaknya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 22-5-2023 10:38 PM
Xpaham jam mcm tu pon jd isu smp kne rampas..xleh ke swatch tu saman balik KDN ni? Guess pon ade kuar jam pelangi mcm ni..
Quote HujanBatuTiga 22-5-2023 10:52 PM
Dh namanya pride collection mmg ke arah geng² itu lerr
Quote Tinot7 22-5-2023 10:58 PM
Iols tak pakai swatch.. so hader iols kessah?

Quote Cyempaka 22-5-2023 10:58 PM
Geng ni seperti merampas keindahan pelangi dr hidup semua orang. Habis aku xbleh guna barang bermotif pelangi lg
Quote sharlenetexas 22-5-2023 10:59 PM
Watpe rampas pelangi semulajadi.


Quote sharlenetexas 22-5-2023 11:00 PM
Korang tu yang salahguna pelangi di langit yg tak bersalah.

Quote kakikuDibibirmu 22-5-2023 11:01 PM
Flag-for-History-1-1024x681.png
Quote midori888 22-5-2023 11:01 PM
ek eleh...Rolex pun ada warna pelangi mcm nie....rolex rainbow daytona...
Quote kakikuDibibirmu 22-5-2023 11:02 PM
Cutenya budak nehhhh ermmmmm

262142294-422440316221021-8383339906520207001-n.jpg
Quote kakikuDibibirmu 22-5-2023 11:04 PM
sharlenetexas replied at 22-5-2023 11:00 PM
Korang tu yang salahguna pelangi di langit yg tak bersalah.

Coldpelir nak kena pakai baju warna apa nanti?
Quote antikorok 22-5-2023 11:05 PM
Cash ler kennn nak pride kebangga haper cuba2 nak bawak masok unsor2 kebangga elgeebeeteh di tanah ibu pertiwi berbagai agama dan berpegang kepada adat ketimoran ni khennn? Jual kat Eropah sana tu takde sapa yg larang... Ha gaytohhh
Quote sharlenetexas 22-5-2023 11:05 PM
kakikuDibibirmu replied at 22-5-2023 11:04 PM
Coldpelir nak kena pakai baju warna apa nanti?

Asalkan pakai seluar dalam.


Quote kakikuDibibirmu 22-5-2023 11:06 PM
[youtube]YykjpeuMNEk[/youtube]
Quote alieyrina 22-5-2023 11:21 PM
Ada payung caltex warna gini kan. Dulu2 punya keluaran
Quote kakikuDibibirmu 22-5-2023 11:26 PM
sharlenetexas replied at 22-5-2023 11:05 PM
Asalkan pakai seluar dalam.

[youtube]J2bVxkwf5Ig[/youtube]
Quote TomyamPuteh 22-5-2023 11:33 PM
Love my RADO.
Quote Antifake 22-5-2023 11:34 PM
Cyempaka: Geng ni seperti merampas keind ...
ya betol sis.. nak beli payung pelangi pon fikir 10 kali
Quote kitmal9545 22-5-2023 11:57 PM
Pelangi selepas hujan juga salah yerrr
Quote bunnyj3lly 23-5-2023 12:02 AM
Nama pun pride collection. Dah tu canvas mendee.. kena la menghormati sensitiviti nak bisnes kt Malaysia ni.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048741 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top