CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantahan Awal Rayuan Bung, Zizie Bela Diri Didengar 7 Julai

22-5-2023 10:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 193| Komen: 1

Putrajaya: Bantahan awal pihak pendakwaan terhadap rayuan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Ab Samad berhubung keputusan yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 7 Julai ini.


Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata, bantahan awal itu akan didengar walaupun pihak berkenaan masih belum menerima rekod rayuan.

"Mahkamah mengarahkan hujahan bertulis difailkan pada 22 Jun ini," katanya kepada wakil media, di sini, hari ini.

Gambar fail - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Beliau berkata demikian selepas sesi pengurusan kes di depan Timbalan Pendaftar, Mohd Khairi Haron manakala peguam Tey See Khoon mewakili Bung Moktar dan isterinya.


Law berkata, jika bantahan awal ditolak pada tarikh berkenaan, rayuan akan disebut pada 17 Julai ini bagi memaklumkan perkembangan rekod rayuan.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat serupa pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan terhadap Bung Moktar dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-5-2023 10:04 PM
Bakalan dicaras disondol?


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068731 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top