CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisdawati Berangkat Ke Tanah Suci

22-5-2023 09:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 194| Komen: 2

"Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, nanti saya kemas rumah, masak," demikian pesanan dititipkan pelakon Lisdawati, 45, kepada suaminya juga pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi, 51.

Ia dikongsikan Fauzi di Instagram ketika menghantar Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berangkat ke Tanah Suci mengerjakan haji, tahun ini.


Fauzi yang kelihatan sebak walaupun memakai pelitup muka hanya menjawab ringkas, baik. Malah, pelakon filem Anak Halal itu juga berkongsi kapsyen berbentuk doa buat isterinya.


"Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya.

"Aku serahkan segalanya padamu Ya Allah..@lisdawati15 Selamat jalan sayangku," tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.

Menerusi hantaran dibuat itu, ramai rakan selebriti dan warga maya mendoakan keselamatan Lisdawati di Tanah Suci dan semoga dia memperoleh haji yang mabrur. Begitu juga, ucapan tahniah turut diberikan kerana dipilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.


"Selamat menunaikan haji, semoga mabrur. Tahniah," tulis pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau.

"Moga dipermudahkan perjalanan, selamat pergi dan selamat kembali, semoga mendapat haji yang mabrur," tulis seorang netizen.

"Alahai sedihnya muzik dan kata-kata Kak Lis. Abang Fauzi tahan sedih je kan," tulis seorang wargamaya.

Menyemak juga perkongsian Lisdawati di Instagramnya, dia menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangan belum selesai. Katanya, doakan terbaik sesama kita.


"Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.

Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.

"Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,"  tulisnya.

Pasangan Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 15, Nur Aina Fazneesya,14, Ahmad Nur Fyrdaus, 9, dan Ahmad Nur Fayyadh, 4.

Lisdawati juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 28, Fareez Hazwan, 26, Nurul Hana Farisya, 24, dan Mohd Fikri Hakimi, 21.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mamajawie 23-5-2023 10:49 AM
heollss ada skandal ke?awat iollss x tau ni?
Quote matbad 23-5-2023 12:43 AM
berhurey la mamat ni lagi sakan bersama dot dot dot

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.090551 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top