CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dakwa Diraba 'Lifeguard'

22-5-2023 09:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 334| Komen: 0

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 28 tahun pada 18 Mei lalu.

"Siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 13 Mei, kira-kira jam 10.30 pagi yang mana mangsa seorang pengurus pemasaran mendakwa diraba di bahagian payudara semasa berada di dalam kolam taman tema air berkenaan.



"Menurut mangsa, kejadian berlaku semasa dia menuruni gelongsor dan apabila sampai di dalam kolam, seseorang menarik dan menyentuh di bahagian depan badan serta payudara semasa dia masih berada di dalam air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, susulan itu pihaknya membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh mangsa.

"Kes di disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana jika disabitkan kesalahan.


"Mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat dan boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat (03-31872222)," katanya.

Katanya, polis juga mengesan satu laporan di sebuah portal berita berbahasa Inggeris berhubung dakwaan mangsa berkenaan semalam.

Menurut laporan itu, mangsa ke taman tema air berkenaan bersama teman lelakinya dan mendakwa diraba oleh salah seorang dari dua 'lifeguard' yang bertugas di kolam berkenaan ketika itu.

Laporan polis dibuat oleh mangsa di Balai Polis Bandar Kinrara pada 18 Mei lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054193 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top