CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zed Zaidi Mohon Maaf Terlepas Pandang Tanya Khabar Shahronizam Noor

22-5-2023 07:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 267| Komen: 0

Kuala Lumpur: "Sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), saya mohon maaf kepada pelakon Shahronizam Noor kerana terlepas pandang untuk menghubungi dan mengirim mesej kepadanya, sekali gus bertanya khabar mengenai kemalangan dialami baru-baru ini," kata Zed Zaidi.


Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil berkata, dia akan lebih ambil maklum selepas ini untuk menghubungi atau mengirim mesej kepada penggiat seni ditimpa musibah sebagai sokongan moral, selain cuba menghulur bantuan secara fizikal.


"Sebagai Presiden Persatuan, saya sedar perlu juga ambil maklum dari segi memberi sokongan moral kepada penggiat seni ketika ditimpa musibah seperti kemalangan untuk menghubungi atau mengirim mesej kepada mereka sebagai bertanya khabar secara peribadi.

"Ia penting untuk merapatkan ukhwah dan juga silaturahim antara kita dalam keadaan mencabar pada masa kini. Terus-terang, saya juga tidak sangka sudah membuatkan abang Shahronizam rasa terkilan dan kecewa," katanya kepada Harian Metro.


Zed berkata, sebaik tahu kemalangan menimpa Shahronizam yang putus jari kelingking kiri itu, dia meminta seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Seniman iaitu Salman al-Farisi menghubungi pelakon itu untuk mendapatkan maklumat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Saya bukan tak ambil tahu langsung, cuma ketika itu saya hanya mewakilkan seorang AJK daripada Seniman untuk mendapatkan maklumat Perkeso abang Shahronizam untuk tindakan selanjutnya. Tapi, saya difahamkan dia tidak membuat caruman.

"Malah, kemalangan yang menimpanya di rumah itu berlaku di luar waktu bekerja. Apapun, saya menerima teguran yang diberikannya (Shahronizam) dengan baik dan positif untuk saya memperbaiki kekurangan diri," katanya.

Zed berkata, pihaknya di Seniman kini gigih memperkasakan usaha bagi mengumpul dana persatuan untuk membantu penggiat seni yang berhadapan masalah.

Katanya, kini dana Seniman berkurangan dan banyak aktiviti selain program untuk penggiat seni tidak dapat dijalankan.

Semalam, Harian Metro melaporkan Shahronizam meluahkan rasa terkilannya apabila Presiden Seniman itu langsung tidak menghubungi atau mengirim mesej bagi bertanya khabar memandangkan mereka juga kenalan lama dalam bidang lakonan.


Shahronizam berkata, dia tidak memerlukan sebarang bantuan daripada persatuan, namun cukuplah presiden hanya bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan kiriman mesej kerana sudah kenal lama.

Pada 10 April lalu Shahronizam, 51, juga suami penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob mengalami kecederaan sehingga kehilangan jari kelingking tangan kirinya apabila putus ketika memotong ayam untuk memberi kucing makan di rumahnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.024699 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top