CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JIM Siasat Dakwaan Pasangan Singapura Tak Dibenar Masuk Malaysia Kerana Pertikai Tindakan Pegawainya

22-5-2023 07:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2250| Komen: 57

Johor Bahru: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menyiasat dakwaan pasangan dari Singapura tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana mempertikai tindakan pegawainya.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir ketika dihubungi, hari ini, memaklumkan, isu itu dalam siasatan pihaknya.


Terdahulu, seorang lelaki warganegara Singapura mendakwa diberi notis larangan memasuki Malaysia selama enam bulan kerana mempersoalkan cara seorang pegawai Imigresen yang mengecop pasport mereka secara berselang muka surat.

Gambar Notis Penolakan Masuk yang dikongsi warga Singapura itu di dalam media sosial.

Berkongsi pengalamannya di di media sosial, lelaki itu berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya dalam perjalanan ke Johor Bahru dan melalui pemeriksaan di Link Kedua dekat Gelang Patah, kelmarin.

"Kami terperangkap di pusat pemeriksaan selama sejam kerana hanya ada dua kaunter yang dibuka. Setibanya di kaunter, pegawai itu menyuruh kami menanggalkan penutup pasport kami dengan nada yang tidak sopan.


"Saya kemudian menanggalkan penutup dan memberikannya kepadanya dan selepas dia mengesahkan butir-butir kami, dia terus mengecop pasport.

"Setelah menyemak pasport, saya mendapati pegawai itu sengaja meninggalkan halaman kosong pada pasport saya. Begitu juga pasport isteri saya, dia cop pada muka surat 27, sebelum menconteng di atasnya dan cop semula di muka surat 28 tanpa sebarang sebab," katanya.

Lelaki itu kemudian meletakkan motosikalnya dan mereka berjalan ke pejabat di mana dia bertanya kepada seorang pegawai lelaki mengenai bagaimana prosedur untuk membuat aduan terhadap pegawai terbabit di kaunter.

Katanya, pegawai itu mengarahkannya membuat aduan secara dalam talian tanpa menjelaskan bagaimana aduan perlu dibuat.

"Pegawai itu juga meninggikan suara dan menyuruh kami buat di luar pejabat. Mereka tidak perlu buat seperti itu.

"Selepas beberapa kali isteri saya bertanya kepadanya tentang cara melakukannya di laman web, dia berasa jengkel dan mengambil pasport kami daripada kami. Kami dibawa ke pejabat lain di aras 2 di mana kami telah diberikan surat 'Penolakan Masuk' oleh seorang 'Asisten Superintenden Rexsus.'

"Kami meminta penjelasan mengapa diberikan surat 'Penolakan Kemasukan' sedangkan mereka hanya ingin tahu sebabnya, dia tidak dapat memberi jawapan.

"Sebaliknya, dia meninggikan suaranya dan secara sinis memberi kami pilihan untuk diharamkan dari Malaysia sama ada 6 bulan atau 1 tahun. Selepas itu, dia memberitahu kami diharamkan selama 6 bulan daripada memasuki Malaysia tanpa sebab yang sah," tulisnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 22-5-2023 07:50 PM
Ha tgk ketuanan Singapore punya power? Kakitangan awam pun tunduk. Aku mintk semua penguatkuasa kat msia ni potong bwh bg anjeng mkn lg bgs. Korang mmg x ada tulur punya org. Suda kena pegang ka apa?
Quote JunkMail 22-5-2023 07:53 PM
Memang patut kena banned je lah.. semak. Nak masuk negara orang tak payah nak langsi sangat.
Quote KucaiHijau 22-5-2023 07:57 PM
X kisah lah warganegara apa....kene lah layan dgn betul. Kalau betul Singaporean tu salah, hukum..kalau betul JIM staff salah...hukum.  mmg ramai je staff gomen buat salah...tp senyap
Quote nazurah 22-5-2023 08:02 PM
kat sempadan mana2 negara pun janganlah dok persoal apa diorang buat, tanya dengan cara baik mungkin opiser tak marah kut.

opiser tu bukan nak melayan ampa sorang...
Quote pokokmeranti 22-5-2023 08:03 PM
Bab cop keluar masuk nie hak imigresen le kan? Aku punya pun tgk x sedap mata memandang. Berterabur x kira negara mn pergi
Quote Nana_Man 22-5-2023 08:06 PM
Dia dah cop passport tu kan… jalan je lah… sengaja cari pasal nk complain2.
Quote she 22-5-2023 08:25 PM
Hmmm

Memana immi pun bukan mesra alam
Kecuali dia kenal ekau
Atau ekau retis popular

Suka hati dia lah nak cop mukasurat berapa pun
Tak pernah dikesah orang
Kadang berkeping mukasurat gap

Lenkali pergi lah berjalan ke negara lain sama
Asyik2 masuk Malaysia pastu minta layanan VIP
Quote JunkMail 22-5-2023 08:37 PM
Entah mana negara mana punya rules diorang ni ikut. Argument diorang ialah bila page langkau langkau tiba tiba cop page 20... Page 1-19 tu kira void so wasting lah katanya. Apa lancau? Aku pernah je imi cop page belakang sekali.. ok je pergi negara lain dia cop lah page apa yg kosong. Dok sibuk sangat nak ajar diorang cara buat kerja dah apahal. Dah cop tu jalan je lah..
Quote xy_daen 22-5-2023 08:42 PM
Bodoh punya Singaporean selayaknya lah
Quote ulamalu 22-5-2023 09:19 PM
Pasport Malaysia masuk Singapore atau vice versa skrg cuma scan je kan.  Kenapa ada yg masih cop2.  SOP penjawat awam negara orang yang kau question, memang rude lah.  
Quote akusukaq 22-5-2023 09:24 PM
she replied at 22-5-2023 08:25 PM
Hmmm

Memana immi pun bukan mesra alam

Aku dulu selalu ke China, mcm mcn cara depa cop paspot.Ada yg lompat terus ke muka surat paling ujung, pada hal yg muka depan berlambak lagi kosong. Ada yg cop pd muka yg dah penuh mcm nk jimat ruang lah plk.... Tak plk kalu kesah, kosser nak komplen sgt, kena sedar diri kita nak masuk negara orang
Quote clarizsa 22-5-2023 09:35 PM
Sejak MB johor rajin melawat situ , immi2 sekalian macam buat perangai nak kenakan org awam
Kt fb pun meroyan teruk i baca komen2 dorang
Seolah nk buat musuh dgn org awam je
Ntahla apa sikap gov servant
Quote midori888 22-5-2023 09:39 PM
JunkMail replied at 22-5-2023 08:37 PM
Entah mana negara mana punya rules diorang ni ikut. Argument diorang ialah bila page langkau langkau ...



kan...tak pnh jd masalah pun, janji ada chop...



Quote midori888 22-5-2023 09:42 PM
ulamalu replied at 22-5-2023 09:19 PM
Pasport Malaysia masuk Singapore atau vice versa skrg cuma scan je kan.  Kenapa ada yg masih cop2.   ...



yes, passport Msia kuar masuk Spore dah tak perlu chop lagi sebab guna machine both side....tapi kalu passport Spore ke Msia, meols taktau....
Quote 3chanceno 22-5-2023 10:19 PM
akusukaq replied at 22-5-2023 09:24 PM
Aku dulu selalu ke China, mcm mcn cara depa cop paspot.Ada yg lompat terus ke muka surat paling uj ...

Meols pun biasa kena gini terutama gi yindon kadang jenuh nak cari mana cop untuk hari berkenaan! Kadang negara lain pun perkara yg sama, asal cop je, meols malas nak soal itu ini pasal kita masuk pasal kerja atau holiday  dah siap2 cop, ketepi chek betul ke tarikhnya, lepas tu keluar cari bag pulak.  
Quote cashewnut 22-5-2023 10:51 PM
Banyak cekadak. Aku pi memana obersea tak de pun tanya. Lantak le janji ada cop. Sukahati depa la. Bukan kena ikut page by page. Ingat depa ada masa ke nak belek ko punya page. Dasar…
Quote midori888 22-5-2023 10:56 PM
3chanceno replied at 22-5-2023 10:19 PM
Meols pun biasa kena gini terutama gi yindon kadang jenuh nak cari mana cop untuk hari ...



meols pnh kena kat Italy, officer stamped kat 2nd last page...kat Macedonia ke mana ntah, negara2 kat area2 situ lah..dia tak stamped passport meols, tapi passport adik meols dia stamped, nasib baik takde masalah bila nak kuar....
Quote 3chanceno 23-5-2023 07:14 AM
midori888 replied at 22-5-2023 10:56 PM
meols pnh kena kat Italy, officer stamped kat 2nd last page...kat Macedonia ke mana ntah, negara2 ...

Sis tak chek ke sebelum blah dari counter immi tu? Bahaya wooo kalau depa tak cop pasport kita..syukur selamat & boleh balik dgn tak de masalah...

Bbetul lah tu, cop page mana pun tak pe, asal cop dgn betul. kadang immi cop tapi salah date pun ada Kena berhati2 semasa keluar dari negara
Quote midori888 23-5-2023 07:32 AM
3chanceno replied at 23-5-2023 07:14 AM
Sis tak chek ke sebelum blah dari counter immi tu? Bahaya wooo kalau depa tak cop pasport kita..sy ...

Masa nak masuk kita naik bus where imi officer akan naik bus and collect all passenger passport, lepas tu return kat kita balik. Jd bila dia return balik tu, takde lah meols check.

Alhamdulillah...meols selamat kuar dari negara tu tanpa sebarang masalah...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057022 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top