Personaliti media sosial Coki menerima kecaman selepas memuat naik video di aplikasi TikTok menunjukkan dia membeli motosikal idaman jenama Yamaha 125 ZR. Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 18, dia sudah biasa dengan kecaman dan tidak mengendahkan perkara tersebut kerana dirinya sudah lama memasing impian untuk memiliki motor sendiri.
“Kecaman itu adalah biasa bagi saya. “Masa saya buat Live dan beritahu saya beli motor ni (Yamaha 125 ZR) ramai kecam dan kata saya rosakkan nama motor tersebut. “Bagi saya kecaman adalah biasa tambah pula saya pilih motor ni sebab hobi dan minat,” katanya kepada mStar.
Lebih menarik, dia meminati motosikal selepas terpengaruh dengan konten pelawak Achey di TikTok. "Abang Achey hasut saya pasal RXZ dia. Nak beli RXZ tak mampu lagi, jadi kita beli adik RXZ," tambahnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT