CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu 6 Anak Dalam Proses Cerai Tumpang Tinggal Di Gazebo, Gagal Sekolahkan Anak

22-5-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1035| Komen: 10

Ibu enam anak berterima kasih kepada pihak yang sudi membenarkan dia dan anak-anaknya berteduh di gazebo.

Tiga bulan lalu, Nurul Zawanah Taslim, 34, dan anak-anaknya hidup bergelandangan selepas diminta mengosongkan rumah sewa di Pasir Gudang akibat gagal membayar sewa.



Wong Bor Yang mengunjungi keluarga Nurul Zawanah di sebuah kawasan perumahan di Senai. FOTO Mary Victoria Dass

Menurutnya, sebelum ini seorang kenalan membenarkannya dia tinggal di pondok di kebun di Simpang Renggam, namun ia menimbulkan kesulitan untuk mencari rezeki kerana bergantung dengan upah mengurut badan.

"Saya tinggal di situ selama dua bulan sebelum sebulan lalu seorang rakan di Kulai memberi kebenaran untuk tinggal di gazebo di tepi kebun cendawan mini di rumahnya.

"Memang gazebo ini sempit, namun kami bersyukur sekurang-kurangnya memiliki tempat tinggal dan berikutan kedudukannya terletak di anjung rumahnya, kami tidak terdedah kepada cahaya matahari atau hujan.


"Dia yang juga tukang urut dan usahawan cendawan membenarkan kami menggunakan dapur dan tandas selain turut sentiasa membantu meringankan beban kami sekeluarga.

"Saya bersyukur kerana sejak tinggal di sini, saya boleh meneruskan kerjaya sebagai tukang urut," katanya yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Nurul Zawanah berkata, dia yang dalam proses perceraian dengan suami sejak awal tahun ini juga gagal menyekolahkan empat anak yang berusia enam hingga 14 tahun.

Menurutnya, malah dia juga memiliki dua anak masih kecil berusia empat tahun dan anak bongsu berusia 14 bulan.

"Ada yang mahu menjadikan anak saya sebagai anak angkat, namun saya tidak sanggup berpisah. Biar susah senang kami bersama," katanya.

Menurut Nurul Zawanah dia berharap dapat mendaftar anak ke sekolah berhampiran dalam tempoh terdekat.

"Saya bimbang masa depan mereka kerana mereka memang berminat dan mahu belajar namun mereka memahami keadaan saya yang serba kekurangan.

"Malah saya juga berharap dapat berpindah ke tempat tinggal lebih selesa dan selamat bagi anak-anak," katanya ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang.

Bor Yang turut menyerahkan sumbangan wang tunai serta barangan makanan kepada keluarga berkenaan.

"Saya juga akan merujuk masalah tujuh beranak ini kepada agensi berkaitan. Mereka tidak sesuai tinggal di gazebo ini bagi tempoh lama," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 22-5-2023 04:48 PM
Kesian ..dh nampak macam nafkah anak jadi bebenan ibu seorang dia ..laki n keluarganya ilang gitu sahaja
Quote hareeeesah 22-5-2023 04:59 PM
Kesian kat ank-ank.. 14 tu dh cukup akal beremosi semua. Semoga dipermudahkn urusan akak sekeluarga.
Quote awanearisu 22-5-2023 05:12 PM
Seorang bapa yang tidak menafkahkan anaknya sepatutnya boleh didakwa di bawah pengabaian kanak-kanak.
Quote edayildiz 22-5-2023 05:17 PM
kesiannya..bg ank angkt je la separuh drp hidup susah..tp susah jgk tkt keluarga angkat jahat lak..apa la nsb perempuan ni..salah pilih laki..tp mana nk tau laki tu herlok ke tak..sblm kawen mmg la semua herlok...lps kawen jd lain.semoga yg blm kawen dijauhkn jumpa laki mcmni..
Quote prettyuglybabe 23-5-2023 12:36 PM
bagi je la anak-anak suruh laki bela..
kau fokus cari duit tungkatkan ekonomi..
dah stabil, tuntut la anak-anak tu semula..
Quote vanillaninja 23-5-2023 12:42 PM
Kesiannya anak2 semua tak sekolah
Quote gadis_tulip 23-5-2023 12:50 PM
Tak faham, kenapa orang2 yang kurang berkemampuan tak pernah nak rancang keluarga? Nie duduk merempat dengan 6 orang anak.
Quote dua_chzy 23-5-2023 12:54 PM
Ni la contoh mak bapak derhaka.

Kenapa? Korang fikirlah sendiri.
Quote pokokmeranti 23-5-2023 01:08 PM
sbb tu si akak nie kena pandai berhias dan kawin dgn artis, wlupun artis suam-suam kuku. bercerai je boleh canang dalam media sosial. .....pembaris...

semoga suami beliau insaf dan ingatkanlah tgjawab kepada anak2 beliau

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.282990 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top