CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Gomen Suka Sangat Ponteng Kerja Sampai Berpuluh-Puluh Hari

22-5-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2644| Komen: 57

PUTRAJAYA -Tidak hadir bertugas dan ponteng kerja dilaporkan menjadi antara punca ‘paling popular’ menyebabkan segelintir penjawat awam yang sedang dalam perkhidmatan dikenakan tindakan tatatertib antara tahun 2020 hingga 2022.


Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, kesalahan itu dilihat antara yang paling popular di mana ada penjawat awam yang ponteng kerja sehingga berpuluh hari.

Gambar Hiasan

“Berdasarkan statistik, pada tahun 2020, sebanyak 117 dikenakan tindakan tatatertib, manakala sebanyak 83 (2021) dan 51 (2022).

“Paling popular ialah ponteng kerja dan tidak hadir bertugas di mana ada yang satu hari, dua hari, tujuh hari serta berpuluh hari. Ada juga ikut bulanan termasuk cuti tahun tanpa diketahui.

“Perkara ini tidak patut berlaku dalam perkhidmatan awam kerana kita telah bekalkan tatacara dan tata kelola hadir bertugas serta menyeru untuk patuh peraturan demi kebaikan anggota serta kemajuan perkhidmatan awam,” katanya pada Majlis SPA bersama media di sini tadi.


Katanya, ketua jabatan atau lembaga tatatertib di setiap kementerian dan jabatan terlibat juga berperanan mengambil tindakan bersesuaian selepas kes tersebut dibawa kepada mereka.

“Selalunya, hukuman paling rendah kita akan beri surat amaran diikuti paling akhir iaitu menurunkan pangkat atau buang kerja. Bagi tindakan buang kerja ia melibatkan jenayah dan dadah,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, bagi urusan statistik tahan kerja pula, sebanyak 97 kes dilaporkan bagi tempoh tiga tahun iaitu pada 2020 hingga 2022.

“Sementara itu, sejumlah sembilan kes telah digantung kerja pada 2020, manakala 10 kes untuk 2021 dan 14 kes bagi tahun berikutnya.

“Untuk rayuan tatatertib pula, sebanyak 284 kes direkodkan pada 2020 selain 314 pada 2021 serta 498 pada 2022,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 22-5-2023 05:11 PM
Ini depan kepala aku tengok tentang gelagat staf Gomen
1. pukul 7 pagi dah keluar rumah pergi tempat kerja dengan memakai baju kerja. Nak clock in la tu
2. Jam 9 dah ada kat rumah. Salin pakai, pakai baju biasa..........pergi pasar, cuci sampah, sidai baju (lebih banyak buat house chores, tolong binilah tu)
3. 3.30 ptg keluar rumah dengan pakai baju kerja pagi tadi...............nak punch out la kan
4. kurang lebih jam 6ptg dah tercongok kat rumah. I'm coming.

Soalnya:
1. Apa kerja yg dia buat?
2. Management dia buta ke tak bagi task untuk staf dia buat?
3. Bukan seminggu dua...........tapi dah bertahun sampai dia pencen. Haah...dapat pencen??
Quote tungkai 22-5-2023 05:19 PM
So apa kata Cuepacs? Apa corrective action? Ke nak bagi alasan sebab gaji tak cukup lagi ?
Quote pokokmeranti 22-5-2023 05:42 PM
batu kikir replied at 22-5-2023 05:11 PM
Ini depan kepala aku tengok tentang gelagat staf Gomen
1. pukul 7 pagi dah keluar rumah pergi tempat ...

Cth kerja....pg dtg buka sistem air. Petang dtg semula tutup air.
Quote kotakominami 22-5-2023 06:19 PM
Bila rezeki kita tak berkat jgn terkejut tua nanti kena scam duit, anak tak ' menjadi', harta rosak, hidup tak tenang, .....semua benda cash kt dunia lambat atau cepat je...
Quote Kitty_catz 22-5-2023 06:26 PM
batu kikir replied at 22-5-2023 05:11 PM
Ini depan kepala aku tengok tentang gelagat staf Gomen
1. pukul 7 pagi dah keluar rumah pergi tempat ...

patot tanya rezeki dia tu berkat ke idok

sok ada anak bini,  pabila jd darah daging, kut tak menjadi, jgn merempan... tu berbalik kat mak pak cari rezeki tak barakohh
Quote Kitty_catz 22-5-2023 06:27 PM
tungkai replied at 22-5-2023 05:19 PM
So apa kata Cuepacs? Apa corrective action? Ke nak bagi alasan sebab gaji tak cukup lagi ?

kopeks tu kut bab2 cerita penjawat awam mcm gini senyap tak berkutik

kut cerita naik gaji tu kut buleh tiap2 bulan,,, merempan mcm acik2 kepam putrajaya dtg bulan
Quote krustykrab 22-5-2023 06:33 PM
Kitty_catz replied at 22-5-2023 06:26 PM
patot tanya rezeki dia tu berkat ke idok

sok ada anak bini,  pabila jd darah daging, kut tak menj ...

Tak nya dia peduli pun kalau org mengata..habih² pun dibalas

"Byk nya pahala aku dpt sb org mengata"


Quote eizarz 22-5-2023 06:36 PM
tatakelola…menyampah pulak aku dgn ayat ni…ayat bacul
Quote Kitty_catz 22-5-2023 06:39 PM
yg ponteng sampai 7 ari tu, kut keja private la kan.. lama dah kena buang noksss

acer kome buat mcm style private ni ha... hat sme yg jenih boss kupik2 tu lagi bahaya...  teruihhh terminate saja, malaih nak bela staff tagune mcm neh


jaman2 minum pagi petang , monteng sana sini ni sejak zaman batu lagi kut. payah nak ubah kalau dah mmg dah working culture acik2 obese kepam gomen
Quote Kitty_catz 22-5-2023 06:42 PM
krustykrab replied at 22-5-2023 06:33 PM
Tak nya dia peduli pun kalau org mengata..habih² pun dibalas

"Byk nya pahala aku dpt sb org meng ...

takde modal nak balas leteww

moga2 satu hari Allah 'bergurau' dgn heols.. sendiri mau ingat la itu  jam
Quote blue_blur 22-5-2023 06:56 PM
tatatertib pun tak jalan apa guna, untuk federal, kalau dia orang rantauan, hantar balik kerja kat negeri asal dia.... untuk state, ambilan hanya untuk orang asal usul negeri tu...
Quote jas7512 22-5-2023 08:04 PM
I mmg keje dr umah since masih lg wfh....buat research dan ngajo..i guna internet dan bhn2 dr rumah i..x guna ofis nye..jimat apa bil.air elektrik ofis
Quote sarah_ary2 22-5-2023 08:19 PM
Ai pernah nampak masa cuti nak buat IC baru masa tue kene gi putrajaya, kami main bowling kat alamanda tetibe ada few lelaki pakai baju kerja dgn tag masuk main bowling juga siap bawak bola sendiri husnuzon maybe practice pertandingan bowling antara department kot
Quote sarah_ary2 22-5-2023 08:19 PM
Menyentuh pasal pekerja ge
Quote meah_kelabu 22-5-2023 08:52 PM
takpe. org gomen kan tak boleh disentuhh
buat tahi mcm mane pon tetap la dibelai2 diberi pencen jugak hujung2 nnti
Quote batu kikir 22-5-2023 10:11 PM
Kitty_catz replied at 22-5-2023 06:26 PM
patot tanya rezeki dia tu berkat ke idok

sok ada anak bini,  pabila jd darah daging, kut tak menj ...

Well..........kalau semua orang tanya rezeki berkat ke tak berkat....
Idok le berlaku benda macam ni.
To some people..........they dont care
Quote mia31483 23-5-2023 08:09 AM
mmg diakui ada gitu...tp ada gak keja gomen yg lg teruk dr pvt... kena tgk post n tugas dia.. ada tu mmg kena ada IT kat jabatan tu tp system smua ok so keja dia melangut je la..tp bila ada mslh mmg dia laju je settlekan..selagi xde isu dia xde la keja..kadang2 mmg job2 sampingan merepek kitorg bg la dia..cth bt deco backdrop pentas ke..sbb mmg nature keja dia gitu n dia diperlukan sbb sistem xleh hang lama..
Quote ninja boy 23-5-2023 08:38 AM
Edited by ninja boy at 23-5-2023 08:44 AM

Atuk nenek bini anak takde tegur mereka kerja tak berkat makan makan hasil tak berkat hujung2 bini kena kanser anak sakit2.
Kalau mmg xde kerja boleh cari kerja sampingan repair ka kemas2 ka baca2 ka, jgn sampai pagi ke petang tak buat apa2, kena stay ofis walau takde kerja, atau buatla kerja sikit2 3-4 jam walau tak suka kerja itu
Quote apech 23-5-2023 08:39 AM
kotakominami replied at 22-5-2023 06:19 PM
Bila rezeki kita tak berkat jgn terkejut tua nanti kena scam duit, anak tak ' menjadi', harta rosak, ...

Betul sgt...eksiden, rumah terbakar. Tu kadang2 aku skeptikal dekat org2 yg ditimpa musibah. Maklumla, hati aku kan hitam.
Dekat sini aku selalu menyumpah kereta2 yg potong que. Selalu shortcut masuk stesen minyak, keluar hujung sana. Padahal kalau diorang ikut barisan smooth je jalan tu. Jalan pun kecik je 1 lorong, jalan perumahan. Semua bangsa ada, melayu cina india sabah/sarawak. Yg selalu aku sumpah lambat masuk kerja, kereta eksiden, kereta rosak.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.182189 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top