CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dengar Anak 15 Tahun Menjerit, Janin Dah Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas

22-5-2023 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 604| Komen: 5

Kulai: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merogol remaja sehingga mengandung dan keguguran di kediaman Layang-Layang, di sini, 15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.59 pagi 15 Mei lalu daripada seorang wanita berusia 56 tahun yang memaklumkan anak perempuannya keguguran.


Katanya, kira-kira 1.30 pagi, ketika pengadu berada di rumahnya mendengar anak perempuannya berusia 15 tahun menjerit kesakitan di dalam tandas.


Gambar Hiasan

"Pengadu lihat ada janin dalam mangkuk tandas dan kemudian mengambil janin itu serta hantar anaknya bersama janin ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat terhadap janin berkenaan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru mendapati usia janin lebih kurang 28 minggu.

"Tiada kecederaan seperti tekanan, paksaan dan kecederaan luaran pada janin berkenaan.


"Mangsa beritahu dirogol oleh seorang lelaki warga tempatan yang dikenali di belakang rumah mangsa," katanya.

Menurutnya, susulan itu pada 6 petang hari sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dibantu anggota polis Balai Polis Bemban membuat serbuan dan tangkapan seorang remaja lelaki, 18 , di Kluang.

Suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 22-5-2023 04:29 PM
Luluhnya hati ibu, diam2 anak membirah sampai mengandung

Tapi mangsa kata dia dirogol emmm entahla ek
Quote fergie.abel 22-5-2023 04:50 PM
ya Allah, janin dah 28 minggu tu..sedih dgr berita mcm ni, ngeri pun ada
Quote glump 22-5-2023 04:55 PM
Budak pompuan 15 tahun ..lelaki 18 tahun ..apa2 pun memang kena caj rogol kan
Quote hanihan16 22-5-2023 04:56 PM
underage memang termnya rogol lah walaupun suka sama suka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073257 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top