CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Ditahan Kes Kematian Bayi 3 Bulan Di Sungai Way

22-5-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 255| Komen: 1

Wanita tempatan ditahan polis selepas menerima laporan mengenai kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang diasuh di rumahnya sekitar Sungai Way, di sini 9 Mei lalu, sudah ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa jam 3.56 petang hari kejadian.



"Bertindak atas maklumat pada 13 Mei jam 5.30 petang, polis membuat tangkapan seorang wanita tempatan berusia 31 tahun di kediamannya di Petaling Jaya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap bayi berusia tiga bulan di kediamannya sehingga menyebabkan kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan, bapa pasangan kembar, Abdur Rahman Abdullah reda kehilangan anak berusia hampir empat bulan yang meninggal dunia di rumah pengasuh di sekitar Sungai Way 9 Mei lalu.


Lebih memilukan apabila adik kepada bayi itu terlebih dahulu meninggal dunia di hospital ketika berusia sembilan hari disebabkan masalah pendarahan dalam otak.

Mengulas lanjut Fakhrudin berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan.

"Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 0379662222," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.162236 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top