CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dahsyat Macam Mercun Bom Pula- Didakwa Santau, Peniaga Tergamam Air Dalam Cawan Tiba-Tiba Meletup

22-5-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 978| Komen: 9

PETALING JAYA- Seorang peniaga tergamam melihat cawan yang berisi teh suam tiba-tiba meletup.

Menerusi video klip yang dimuat naik di TikTok pemilik Chef Tido ya, dia berkata ini merupakan pertama kali dia menghadapi kejadian yang paling teruk seperti itu.




“Kali ini paling dahsyat punya, macam mercun bom pula,” katanya di kapsyen.

“Seminggu dua baru boleh berjalan benda macam ini, permainan orang-orang zaman dahulu. Mereka ini bila sudah cukup masa, kena cuba ilmu mereka ini,” katanya.

Didakwa santau, dia tidak menyangka cawan yang berisi teh suam boleh meletup secara tiba-tiba bila dibaca doa.



“Bayangkan teh suam boleh meletup pula cawannya. Kalau air panas tu boleh percaya sebab air tu tengah panas. Terpulang lah pada yang hendak percaya atau tidak, segalanya di tangan anda."

Di ruangan komen, orang ramai orang bersetuju itu adalah perbuatan santau.

“Pernah kena, abang ipar saya sampai luka terkena kaca di badan, sebelum itu dia baca bismillahillazi la yadhurru sampai habis, lepas itu meletup cawan tu,” komen Adawiah.

“Aku pembuat air banyak kali dah gelas pecah sebab isi air panas. Tapi kalau bagi pada pelanggan, tiba-tiba pecah, tidak pernah lagi. Mungkin ada sesuatu,” kata Siti Aishah.

“Kawan saya pernah cerita depan mata, air milo ais pecah walhal gelas tebal punya. Pada masa itu, mereka kata tiba-tiba tergerak hati hendak baca doa,” kata Ayramancha.

“Allahu, manusia zaman sekarang ini sudah berbalik pada zaman purba. Benda syirik-syirik seperti suka betul dibuat,” -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 22-5-2023 04:48 PM
biasa la ni

buh air panas, eh tersilap. buang air je, tapi tak tukar gelas baru
terus letak ais, letak air

thermal reaction berlaku.. and POP

masa Iols part time waiter zaman muda2 dulu, tukang buat air selalu terbuat bom gelas ni. sejenis kelam kabut punya orang
Quote supernaturalee 22-5-2023 05:04 PM
Teh ape coklat gitu


Btw my brother pnh nk mkn laksa dlm mangkuk kaca
The suddenly pop meletup
Pgl org kedai tgk
Reaksi org kedai sgt relax ye mcm dh biasa jd

It happened in kuala kangsar

Tah la thermal reaction jgk ke ape
Tp tu lh yg berlaku
Quote jiwasemangat 22-5-2023 08:21 PM
Thermal reaction tuuu.. kalau panas sejuk silih berganti secara drastik... kalau lambat² , mana ada..
Quote she 22-5-2023 08:34 PM
Mengimbau kenangan masak megi tomyam zaman study dulu
Letak dalam mangkuk kaca
Angkat nak bawa ke meja
Tetiba terbelah dua

Hmmm dah lah sebungkus tu je ada time tu
Huwaaaaa

So macik menolak untuk mempercayai kejadian berpunca dari perbuatan santau
Sebab pacik macik pernah kena santau dulu
Dia pegawai tinggi gomen
Kawan sepejabat dengki pasal naik pangkat
Ajak makan2 kat rumah dia
Balik tu terus muntah darah

Lepas lama berubat
Kawan pejabat tu mengaku dia santau dalam air
Letak ulat beluncas laut

Tapi dia juga bagikan ubat penawar
Dah sihat sekarang
Cuma ada parut kat area tepi rusuk bawah ketiak
Macam lebam yang takkan hilang besar tapak tangan
Quote grouper 22-5-2023 09:21 PM
Ini ilmu termodinamik berkaitan muatan haba tentu...termodinamik mmg susah byk yg fail bila study so nak senang assume kena santau je la sbb x reti nak explain dlm ilmu termodinamik
Quote Castrz 23-5-2023 02:06 PM
This is quite a common issue, please suggest me if you find any solution for it. Flying Together
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 02:11 PM
Raykat nak kena gelabah tetek ke ni?

panic-spongebob.gif
Quote jiwasemangat 23-5-2023 02:32 PM
grouper replied at 22-5-2023 09:21 PM
Ini ilmu termodinamik berkaitan muatan haba tentu...termodinamik mmg susah byk yg fail bila study so ...

Therrmodynamic .. aku lulus. Dlm class aku masa tuu, majoriti fail. 3 org saja kott lulus, including me. Tapi tak de la aku dapat A. Yg best nya, time tuu aku dapat rasa kan otak ku macam org biol..hihi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056050 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top