CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Nyaris Jadi Mangsa Penyokong Mengamuk Perlawanan Ditangguh Kerana Azan Maghrib

22-5-2023 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 296| Komen: 2

Tular kejadian kekecohan ketika perlawanan bola sepak Liga Perdana di negara jiran apabila seorang anggota polis hampir menjadi mangsa amukan penyokong.

Difahamkan, mangsa 'diserang' gara-gara melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan kekecohan yang timbul dalam kejadian di Bireun, Aceh, Indonesia, pada 12 Mei lalu.



Twitter

Dalam video berkenaan, dia dikerumuni penyokong yang kelihatan marah selain dibaling dengan objek seperti botol air mineral.

Apabila keadaan semakin tidak terkawal, beberapa orang awam dilihat melindungi polis itu dan mengiringinya keluar ke tempat lebih jauh daripada kumpulan penyokong berkenaan.

Ketua Polis Biruen, Ajun Komisaris Besar Mike Hardy Wirapraja mengesahkan salah seorang anggotanya nyaris menjadi mangsa amukan penyokong ketika cuba meleraikan kekecohan dalam satu pertandingan bola sepak.

Kejadian berlaku ketika perlawanan antara Galacticos FC menentang Mantab Legend dalam kejohanan Galacticos Cup I 2023 di Mini Galacticos Cot Gapu, Biruen, Aceh pada 12 Mei lalu.

Menurut Mike Hardy, kekecohan berlaku selepas penonton tidak puas hati kerana perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 itu dilanjutkan keesokan hari untuk penentuan sepakan penalti.

Katanya, penganjur memutuskan sedemikian kerana sudah masuk waktu maghrib, namun sayangnya keputusan tersebut tidak diterima penonton yang mahu pertandingan tersebut dilanjutkan pada hari itu juga.


Twitter @BosPurwa

"Memandangkan waktu sudah senja untuk azan Maghrib, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk menangguhkan penalti keesokan hari.

"Disebabkan hal itu, ramai yang marah sehingga menimbulkan kekecohan," katanya menurut laporan Kompas.com.

Berhubung keadaan anggotanya, Mike Hardy berkata, mangsa, Bripka AR tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemeriksaan terhadap anggota tersebut turut akan dilaksanakan berkaitan kod etika polis dan perkhidmatan rasmi, namun keputusan belum diketahui setakat ini," katanya.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 22-5-2023 04:33 PM
Tempat kalau ada nick serambi ni auto bodoh ka?
Quote renko 22-5-2023 04:55 PM
baca tajuk da boleh agak indon caprut

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.100740 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top