CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masitah Wanita Buta Tular, Gesa Orang Ramai Padam Video Berdoa Melalui Malaikat

22-5-2023 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3329| Komen: 47

PETALING JAYA – Masitah Mohd Affandy atau lebih dikenali sebagai Mashy, menggesa orang ramai supaya memadam video yang tular mengenai dirinya yang didakwa berdoa melalui malaikat.

Dia yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) buta, tular selepas video menyuruh meminta tolong kepada malaikat dimuat naik secara meluas di pelbagai platform.




“Saya nak minta jasa baik rakan-rakan ‘TikTokers’, terutamanya yang telah ‘download’ video yang tular yang bukan dimuat naik oleh saya sendiri,” ujarnya.

Menerusi perkongsian Mashy di akaun TikTok miliknya berkata, dia sama sekali tidak pernah memuat naik video berkenaan apatah lagi mengizinkan.

“Video tular tanpa pengetahuan ataupun keizinan saya,” katanya.


Menurut Mashy, video tersebut dirakam tanpa pengetahuannya ketika penglihatannya masih sihat lagi.

Mashy menjadi buta selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya selepas kereta yang dinaikinya dirempuh lori 15 tan di Kilometer 193.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan pada 21 Mac lalu.

Tegasnya, video tersebut bukan bertujuan sebagai pameran umum mahupun untuk kegunaan dalam pendidikan.

“Video tersebut bukanlah bertujuan untuk pameran umum, bukanlah bertujuan untuk pendidikan apatah lagi untuk diamalkan,” katanya.

Bagaimanapun, Mashy melalui kenyataannya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.

“Saya dengan rendah hati dan rendah diri memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Saya juga dengan rasa bersyukur ucapkan terima kasih kepada mereka yang ‘allert’.

“Mohon maaf atas apa yang berlaku, InsyaAllah kita usahakan supaya tidak berulang lagilah peristiwa ataupun perkara sebegini,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yondu 22-5-2023 03:27 PM
i rasa dia ni terlampau banyak sgt ckp
Quote manehnya 22-5-2023 03:37 PM
bkn dia yg uplod kt tt dia ka

aku pun mcm pelik dengar apa yg dia kata, tapi erm..
Quote sayurmayur88 22-5-2023 03:52 PM
biasa kita minta ibu atau ayah doakan utk kita, sbb doa parents paling makbul takde hijab.
atau kita sendiri mohon direct pd Allah
Quote bottombikini 22-5-2023 03:55 PM
yondu replied at 22-5-2023 03:27 PM
i rasa dia ni terlampau banyak sgt ckp

aku festaim tgk kat page DND pun rasa camtu
eh apsal dia ni mcm byk nau cakap
rengsa pula
Quote CikYaYaYa 22-5-2023 03:55 PM
Sapaaaa pulak si mashy ni?
Quote SembangKari 22-5-2023 04:27 PM
Bila banyak sangat sembang waima benda yang sangat-sangat positif, jadi meluat pulak. sederhana dohhhh laa Mashy. Bohsan.
Quote missyL 22-5-2023 04:33 PM
Bkn bkn die upload.tp still die yg ckp kan
Risau aku tgok golongan yg terlampau obses memuji memuja die

Sederhana je la puji2 org nie
Quote missyL 22-5-2023 04:37 PM
SembangKari replied at 22-5-2023 04:27 PM
Bila banyak sangat sembang waima benda yang sangat-sangat positif, jadi meluat pulak. sederhana dohh ...

Kannn

Komen2 pn seram dok puja die

Sesiapa yg pakar leh tlg jelaskn kt iols apa maksud tuhan nk naikkn darjat.
Ramai btol dok komen tuhan nk naikkn darjat die
Ahli syurga lah
Cm korang thu plk die dah confirm masok syurga
Klo bdk2 yg meninggal sblom baligh tu ok la panggil ahli syurga.

Tahap org kite ni taksub
Seram aku


Aritu dok komen Allah nk naikkn darjat yg si crepe tu
Elok je si crepe tu skng menayang emas hahaha
Quote shy79 22-5-2023 04:53 PM
lain kali cakap tu berpada pada..
byk sgt ckp sampai ko x ingat ko cakap apa..
bila org dah viral baru gelabah bewak..

btw dia ni bisness apa?
ceo aircond? real airconditioner ke?
konpius ja sbb sampai masuk grup titan si zizang tu?
Quote renko 22-5-2023 04:53 PM
banyak lak cerita sal si kimak ni
orang nama2 masitah ni hamak glamer ke apa
Quote elzy 22-5-2023 04:59 PM
Orang dok cerita pasal dia ni tapi lepas saya tengok beberapa video dia, rasa macam dengar cerita dongeng.
Memang kita as a Muslim wajib bersangka baik kepada Allah atas setiap ujian atau dugaan, tapi tak yah laa ulang-ulang macam orang lain bunuh diri bila diuji.. Lain orang lain ujiannya dan lain juga cara diaorang tangani setiap ujian..

Senang cerita, nonsense..
Quote prince_marhaen 22-5-2023 05:45 PM
acah-acah positive walhal jenis banyak mulut sebab nak attention.. orang buta, OKU apa semua bukan jaminan syurga pun...ramai je yang self centered, penting diri, tamak perhatian, tamak kemudahan, salah guna status OKU, ambik hak orang, menipu, buat jenayah.... bukan anak-anak syurga yang cacat akal sejak lahir pun... taksub sangat status OKU Baharu dah kenapa minah ni.... rengsekkkk!!!!
Quote Kitty_catz 22-5-2023 06:16 PM
apasal banyak bebeno bebenang sheols neh?? bebenang yg sedia ada ni tak cukup  hencapan acik porem ke acaner?  





anak didik jinjan seman ni sepesennnn je semer.. membongakkk je kerojer nyehh

sikit2 ponder, sikit2 ceo.. koser nau, ujung2 rega harusss ngalahkan yahudi nasrani

ni acah2 nak jadi acik motibasi.. penungging betoi, moga2 lepas ni Allah cuit bior terpelanting, tengok banyak mulut lagi ke idok

Quote grouper 22-5-2023 06:31 PM
Nasib mashy x men forum...men TikTok je.
Quote toynme 22-5-2023 06:38 PM
banyak cakap...salah pun bnyk..hurmmm
Quote chilly 22-5-2023 10:22 PM
Diam boleh?
Quote midori888 22-5-2023 11:05 PM
Kitty_catz replied at 22-5-2023 06:16 PM
apasal banyak bebeno bebenang sheols neh?? bebenang yg sedia ada ni tak cukup  hencapan acik porem k ...



owh anak didik zizang ke....hmm patut lah....
Quote Kitty_catz 23-5-2023 08:40 AM
midori888 replied at 22-5-2023 11:05 PM
owh anak didik zizang ke....hmm patut lah....

ye.. set2 bengap tak reti bisnissss bayau banyak2 utk ailio bashi jijan
Quote midori888 23-5-2023 08:48 AM
Kitty_catz replied at 23-5-2023 08:40 AM
ye.. set2 bengap tak reti bisnissss bayau banyak2 utk ailio bashi jijan



hahah suka betul diorg dgn ailio jijan yer.....

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.079946 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top