Semasa solo, disuruh cari teman wanita. Bila sudah dapat, ada pula yang tidak puas hati dengan pilhan Sharnaaz Ahmad. Melihat ciapan di Twitter, Sharnaaz yang kini diulit bahagia menjalani kehidupan berkasih dengan aktres Amelia Christie disindir ‘downgrade’ diri dengan memilih teman wanita muda yang baru sahaja memulakan kariernya.
Ciapan individu berkenaan dibidas Sharnaaz dengan kata-kata ringkas yang mendalam maksudnya. Sekadar info, Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada pelakon dan usahawan terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Walaubagaimanapun, pasangan ini telah membuat keputusan untuk berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Sumber: Murai
|
laksmanabentan replied at 22-5-2023 07:06 AM
okay la tu... yang dewasa2 mungkin da tak berkenan kann...
ada yang berkenan okay la walaupun masih ...
virgo19 replied at 22-5-2023 06:12 PM
Apa salahnya lelaki tua dgn perempuan muda, sweet je tengok. Lain la kalau perempuan tua dgn lelaki ...
ADVERTISEMENT