CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teruknya Currency Kita Sekarang, Rupanya Kutipan RM9 Juta Baby Naail Tak Cukup!

22-5-2023 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2639| Komen: 21

Gembira hanya sekejap, rupa-rupanya kutipan dana adik Wan Muhammad Naail atau Naail masih belum mencukupi.

DIa yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 masih memerlukan sumbangan kira-kira RM200,000 bagi pembelian ubat berikutan berikutan perbezaan mata wang Malaysia dengan Amerika Syarikat.



TikTok

Menerusi perkongsian pada TikTok Founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd. Azmi menjelaskan, sebelum ini kutipan sebanyak RM9 juta berjaya dikumpul sekali gus pihaknya menyangka ia telah mencukupi.

“Kita pun rasa duit dah cukup, tapi malang sekali rupanya duit itu tak cukup. Kenapa? Harga ubat tu 2.125 juta dolar Amerika Syarikat (AS$).

“Bila kita tukar kepada duit Malaysia, dia jadi RM9 juta 653 lebih. Maknanya duit kita belum cukup sebab kita kalah pada tukaran mata wang.

“Sekarang apa yang berlaku ialah pihak yang keluarkan ubat itu, dia tunggu kita cukup duit,” katanya pada video tersebut.


Dalam pada itu, Nur Ahmad Faiz berkata, Naail memerlukan kira-kira RM200,000 dan pihaknya merayu sumbangan daripada rakyat Malaysia bagi mencukupkan jumlah tersebut.

“Saya nak bagitahu, video ini tak sampai kepada semua sebab apa sahaja berkaitan bayi sekarang ini disekat. Jom buat sama-sama, sumbang ramai-ramai secepat mungkin supaya boleh beli ubat sepantas mungkin,” katanya.



Pada 10 Mei lalu Kosmo! melaporkan perkongsian video Instagram ibu Naail berhubung dana sebanyak RM9 juta sudah mencukupi untuk bayi tersebut menjalani rawatan suntikan Zolgensma.

Terdahulu, kisah Naail dikongsikan pelakon terkenal, Fattah Amin yang mana bayi tersebut merupakan anak saudaranya serta menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.

Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.

Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-5-2023 12:32 PM
Org2 US yg hidap penyakit sama, camne deme survive? Ubat dah le mahai..
Quote krustykrab 22-5-2023 12:35 PM
Anak sedara patah rupanya..
Quote bunnyj3lly 22-5-2023 02:54 PM
Tinot7: Org2 US yg hidap penyakit sama ...


Tak boleh survive, terpaksa laa biar gone je.. dah tak mampu..kat sana lagi potong leher kos healthcare. Demam sikit pun boleh jadi beratus dollar kena bayar. Ubat tak boleh sebarang beli kat farmasi. Kena ada prescription
Quote pokokmeranti 22-5-2023 03:33 PM
bunnyj3lly replied at 22-5-2023 02:54 PM
Tak boleh survive, terpaksa laa biar gone je.. dah tak mampu..kat sana lagi potong leher kos healt ...

itu sbb pelancongan kesihatan menguntungkan di buat di Malaysia.
Quote opie5662 22-5-2023 04:10 PM
Tinot7: Org2 US yg hidap penyakit sama ...

Diorg nye insurans tip top.. Bkn mcm kita. Bayar mahal pon cover mcm2. Kita ni harga dah mahal.. Bile nk claim mcm2 la pengecualian yg ade...
Quote nuralisa 22-5-2023 04:13 PM
iye ye dia cakap apa2 yg berkaitan baby tu Tiktok sekat ...
bukan semua video Tiktok nak push .. standardla tu kalau ada 1-2 video dia yg x viral ...
Quote makadek 22-5-2023 06:49 PM
Semoga panjang umur dn kembli sihat
Quote Suchi 22-5-2023 07:11 PM
Sebenarnya 9 juta ni takla susah nk kumpul kalau semua org tak berkira nk sedekah. Malah kalau 20 juta rakyat malaysia derma 10 hengget pun cukup jaa kita tolak bebudak kecik la.
Sblm ni ada baby cina yg sakit camni kan? Tp cepat gila tabung dia kan penuh, org cina bab sedekah laju je dan opkos byk diberi.
Iols teringat masa kejadian tanah runtuh kat batang kali tu.
Kutipan derma kat sekolah je boleh cecah juta2 lebih kurang dgn duit yg diperlukan adik naail ni juga.
Quote sharlenetexas 22-5-2023 07:40 PM
opie5662 replied at 22-5-2023 04:10 PM
Diorg nye insurans tip top.. Bkn mcm kita. Bayar mahal pon cover mcm2. Kita ni harga dah mahal.. Bi ...

Kawan iols keluar masuk mental ward kat us pun insurans hasben dia yg cover.


Quote cranell 22-5-2023 08:21 PM
pokokmeranti replied at 22-5-2023 03:33 PM
itu sbb pelancongan kesihatan menguntungkan di buat di Malaysia.

Najib dah buat rangkaian hospital swasta terbesar di dunia, mai mahathir, pi jual dekat jepun.
Quote ekong 22-5-2023 08:33 PM
Tinot7 replied at 22-5-2023 12:32 PM
Org2 US yg hidap penyakit sama, camne deme survive? Ubat dah le mahai..

They didn't. Sebab tu syukur healthcare msia ni
Quote Tinot7 22-5-2023 10:33 PM
bunnyj3lly replied at 22-5-2023 02:54 PM
Tak boleh survive, terpaksa laa biar gone je.. dah tak mampu..kat sana lagi potong leher kos healt ...

Sbb tu iols risau masa gomen ura2 nak wat sistem insurans..

Quote Tinot7 22-5-2023 10:35 PM
opie5662 replied at 22-5-2023 04:10 PM
Diorg nye insurans tip top.. Bkn mcm kita. Bayar mahal pon cover mcm2. Kita ni harga dah mahal.. Bi ...

Insurans deme ada limit.. sumer insurans utk menguntungkan tokey.. hat kat asia lebih extra nak menguntungkan tokey..
Quote Tinot7 22-5-2023 10:42 PM
ekong replied at 22-5-2023 08:33 PM
They didn't. Sebab tu syukur healthcare msia ni

Setahu iols, healthcare mesia tak kaver ubat2 mahai, ubat kanser dan surgeri2 yg takde kepakaran.. ada limit tapi syukur sbb sekurang2nya menda basic sumer ok.. kalau dah takde ubat, fasiliti atopon kepakaran tu, harap kiok dgn aman je la..

Kena redha bila tiba masanya..

Kawan seklas iols masa skolah dolu2 yg anak dia kena buat transplan hati pun mintak derma utk pi ke caina.. lepaih tu, mmg takde tmpt lain nak amik ubat atopon folo up selain kat KL.. mmg sengsara tapi apakan daya..
Quote pokokmeranti 23-5-2023 07:51 AM
cranell replied at 22-5-2023 08:21 PM
Najib dah buat rangkaian hospital swasta terbesar di dunia, mai mahathir, pi jual dekat jepun.

apa nak buat, Tun M xleh tgk org lagi berdaya saing dan kreatif berbanding dgn dia. tgklah Proton, bukan main bising Najib jual kat China. lihat skrg prestasi jualan mcm mana.
Quote Prickford 23-5-2023 07:58 AM
bunnyj3lly replied at 22-5-2023 06:54 AM
Tak boleh survive, terpaksa laa biar gone je.. dah tak mampu..kat sana lagi potong leher kos healt ...

Teringat makcik iolls sebulan holiday kat UK. Sekali satu hari tu, cuaca sejuk sangat sampai sheolls tak sihat, muntah2 kat tepi jalan. Bawak pegi hospital, terus kena caj dalam RM10k. Nasib baik la sheolls tahap jutawan, so no problem. Cuma sheolls kata, bersyukur la duduk Malaysia. Walaupon banyak cukai dikenakan, tapi kos perubatan bnyk yg ditanggung kerajaan. Sebab sheolls kata sana pon, kalau korang local sekalipon, kos perubatan dari sakit gigi boleh buat meninggal bila tengok bil
Quote krustykrab 23-5-2023 07:59 AM
Suchi replied at 22-5-2023 07:11 PM
Sebenarnya 9 juta ni takla susah nk kumpul kalau semua org tak berkira nk sedekah. Malah kalau 20 ju ...

Kan dh cukup 9 juta ..yg tak cukup tu sb ada perbezaan tukaran mata wang.
Nak sedekah ni biar ikhlas tak baik nk kata berkira. Yg tk baik nya sedekah buat tp zakat tk buat. Zakat bukan pakai ikut berkira ke idok ikhlas ke idok
Caner tu?
Ada golongan yg hidup pun dh susah, lagi.kita nk.tekan kn suruh sdekah, jgn berkira. Adil ke buat golongan ni?
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 08:02 AM
pokokmeranti replied at 23-5-2023 07:51 AM
apa nak buat, Tun M xleh tgk org lagi berdaya saing dan kreatif berbanding dgn dia. tgklah Proton, ...

saka atokcow ijau mumia fosil sukom98tahun tersenyum sinis
Quote bunnyj3lly 23-5-2023 10:37 AM
Prickford replied at 23-5-2023 07:58 AM
Teringat makcik iolls sebulan holiday kat UK. Sekali satu hari tu, cuaca sejuk sangat sampai sheol ...

Hahahaha.. memang tahap jutawan sbb sebulan kt UK. Rate exchange pun brp dah kan. Gamaknya, sakit gigi tu, mesti rasa nak ambik playa aje cabut sendiri dari pi jumpa doc

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081712 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top