CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangunan KWSP Jalan Gasing Terbakar Lagi

22-5-2023 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1161| Komen: 20

PETALING JAYA – Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Jalan Gasing, di sini, dilaporkan terbakar kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Menurut video yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial, api sedang marak di bahagian depan bangunan.



Foto: kosmo

Walau bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat lagi.



Terdahulu, pada tahun 2018, bangunan enam tingkat itu pernah terbakar dipercayai berpunca daripada percikan api daripada kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-5-2023 11:48 AM
Lepaih terbakaq kali pertama, bangunan ni digunakan lagi ka?
Quote miznieda 22-5-2023 12:00 PM
bangunan kwsp yg ni dah kosong kandorang pindah ke kota damansara
kalo dah takde staff kat situ mcm mane bole terbakar lg
Quote cmf_premierleag 22-5-2023 12:24 PM
Demolish je la building ni...gantikan dgn tanam pokok2 je..PJ ni dah le panas
Dulu dh terbakor.....ni terbakor lg
Quote Simunggu 22-5-2023 12:27 PM
mungkin bangunan kena heat stroke
Quote sayurmayur88 22-5-2023 12:39 PM
bangunan ni hq kwsp ke?
klu terbakar mmg banyak dokumen musnah ke?
biasalah musim2 panas kot , byk je bangunan lain terbakar
Quote Supersirap 22-5-2023 01:06 PM
Yang penting semuanya selamat
Quote delia3003 22-5-2023 01:41 PM
sayurmayur88 replied at 22-5-2023 12:39 PM
bangunan ni hq kwsp ke?
klu terbakar mmg banyak dokumen musnah ke?
biasalah musim2 panas kot , byk j ...

HQ kat Jalan Raja Laut.
Building ni dah lama kosong lepas terbakar dulu.

Sekarang dengar under renovation.
Quote B40tastePosh 22-5-2023 01:42 PM
Kena sembur dengan air bunga...kasi buang sial apetah dlm tu.
Quote pooh~key 22-5-2023 01:53 PM
Terbakar tak apa tak sengaja sissy. Agichewwew….
Quote ally9970 22-5-2023 02:16 PM
HQ bukan dh pindah ke kwasa damansara kan?
Quote s@s@ 22-5-2023 02:22 PM
ada org berkenan kt tanah dia ke?
Quote samperit 22-5-2023 02:23 PM
Bangunan ni mcm kosong je lps terbakar first time tu. Kalau lalu pun nampak lah yg area ni ditutup. Skrg semua dah pindah Kwasa D'sara kan, HQ yg bary
Quote rosedemon 22-5-2023 04:33 PM
sesuatu sagt bau ikannnnn sgt khuenssss
Quote blue_blur 22-5-2023 06:07 PM
cmf_premierleag replied at 22-5-2023 12:24 PM
Demolish je la building ni...gantikan dgn tanam pokok2 je..PJ ni dah le panas
Dulu dh terbakor.....n ...

banyak key property dia tengah/dah dicairkan.... kat raja laut setel... mana lagi yang mana2 giant hypermarket sewa tu, setel dah.... ni pj tu hot area, memang mesti banyak tangan2 bawah nak menang... tapi den agak, sunway mesti nak sapu semua tu...
Quote Perawankota 22-5-2023 07:45 PM
Katanya kebakaran berpunca dari keje2 maintenance.. mcm2 hal
Quote cmf_premierleag 22-5-2023 10:31 PM
blue_blur replied at 22-5-2023 06:07 PM
banyak key property dia tengah/dah dicairkan.... kat raja laut setel... mana lagi yang mana2 giant ...

Raja laut tu dijual pada sapa?
Yg lain2 tu ada baca The Edge hr tu mmg sunway byk amik..yg kt changkat raja chulan lak timedotcom beli
Skang hq baru depa mcm kt area jin bertendang je kan
Bukan ada apa pun kt sana..tetibe ada seketul HQ epf kt tgh2 tmpt yg takde commercial area lgsg
Harap dua stsn mrt sendu tu je le
Quote blue_blur 23-5-2023 07:54 PM
cmf_premierleag replied at 22-5-2023 10:31 PM
Raja laut tu dijual pada sapa?
Yg lain2 tu ada baca The Edge hr tu mmg sunway byk amik..yg kt chan ...

rasanya tu je la last report pasal tu.... cuma nampak sangat sunway agresif beli plot kilang lama, building lama, tanah plot kecik macam kat bellamy tu, ntah macam mana dia dapat, direct view merdeka tower pulak tu... cuma nasib baik je dia tak main kotor beli kl tower..
Quote cmf_premierleag 23-5-2023 08:18 PM
blue_blur replied at 23-5-2023 07:54 PM
rasanya tu je la last report pasal tu.... cuma nampak sangat sunway agresif beli plot kilang lama, ...

Yup i nmpk sunway punya projek depan merdeka tower tu
Plot kecik je situ and tetengah jalan dan mmg tetengah diapit jalan2 besar...nmpk bila nk keluar dr jalan kg attap
Apooooo menyemak je kat situ
Quote Rogue98 24-5-2023 03:52 AM
Cepat betul api marak....whole building kan. Nasib baik tak menjangkit ke bangunan sebelah. Dah lah cuaca panas and berangin.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.132540 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top