BEIJING: Budaya ‘relaks’ semakin popular di China, di mana seorang lelaki berusia 29 tahun hanya tinggal di dalam khemah di tempat letak kereta terbiar selama 200 hari. Pada penghujung 2018, Li Shu dilaporkan berhenti kerja di Wilayah Sichuan dan mula menghabiskan sebahagian besar masanya berehat di apartmen yang disewanya.
Selepas menyedari wang simpanannya semakin menyusut, Shu mengurangkan perbelanjaan hariannya kepada hanya 10 yuan (RM6.50) sehari. Lelaki itu kemudian menjual sebahagian besar barangnya sebelum membeli khemah berharga 400 yuan (RM258) dan memutuskan untuk meneruskan gaya hidup yang santai di tempat letak kereta terbiar. Walaupun hanya mampu makan mi segera atau memasak menggunakan dapur gas yang dibawa bersama dan perlu berjalan jauh mencari air serta mengecas bateri telefonnya, Shu mengakui selesa dengan kehidupan tersebut dan enggan mencari pekerjaan baharu.
“Ini pilihan saya dan ia lebih menenangkan. Apabila anda melepaskan usaha yang tidak memuaskan dalam hidup, anda perlahan-lahan akan merasakan kedamaian dan terbiasa dengan perubahan yang berlaku,” katanya ketika ditemu bual wartawan baru-baru ini. Shu berkata, dia berkemampuan untuk mencari pekerjaan, malah rakan-rakannya berulang kali cuba mencari penginapan yang lebih baik dan sanggup meminjamkan mereka wang untuk membantunya memulakan perniagaan tetapi dia menolaknya. Lelaki itu mendakwa sengaja berbuat demikian kerana gembira menikmati cara hidup yang lebih sederhana dan bebas walaupun perlu mengikat perut. Budaya berkenaan dilaporkan semakin mendapat perhatian dalam kalangan belia di China kerana enggan memasuki alam pekerjaan yang dikatakan semakin toksik dan terlalu kompetitif. Golongan muda di negara itu kini gemar memilih melakukan aktiviti mudah sekadar untuk bertahan hidup berbanding mengejar kejayaan dalam kerjaya dan memperoleh pendapatan lumayan.-CARI Sumber: Utusan
|
Tinot7 replied at 22-5-2023 11:38 AM
Nnt bila dah krepot, camne nak tanggung makan pakai minum tmpt tinggal dan bil sakit?
pokokmeranti replied at 22-5-2023 11:54 AM
still boleh hidup tepi jalan. klu mati tiba2 mereka tak kisah pun.
Tinot7 replied at 22-5-2023 12:03 PM
Pihak penguasa lerr kisah.. nak makan pun kena ada duit jaman now..
pokokmeranti replied at 22-5-2023 12:06 PM
sebab kisah la, datang BRIM, BSH, etc....bina rumah transit gelandangan. berapa kerat yg berubah? ...
Tinot7 replied at 22-5-2023 12:09 PM
Kat caina takdak brim bsh apa sumer tuh rasanya..
Kat mesia mebbe now ada sumer tu tapi pada masa ...
pokokmeranti replied at 22-5-2023 12:14 PM
BRIM bagai tu semua ikut UK katanya, kita terkemudian. apa yg berlaku di UK adalah anak muda dah m ...
AnBulisia replied at 22-5-2023 12:14 PM
tak salah pun nak hidup besederhana
tapi janganlah sampai tak bekerja dan 24/7 relaks mengadap hp
ca ...
Tinot7 replied at 22-5-2023 12:26 PM
Iols tak pernah dgr pulak deme dpt brim.. hat yg iols tau, kanak2 sana mmg dpt elaun setiap minggu ...
pokokmeranti replied at 22-5-2023 12:06 PM
sebab kisah la, datang BRIM, BSH, etc....bina rumah transit gelandangan. berapa kerat yg berubah? ...
pokokmeranti replied at 22-5-2023 01:03 PM
ada katanya, cuma syarat kepada yg nak dapat 'BSH' kepada belia adalah dengan mereka perlu membukt ...
ADVERTISEMENT