CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sayur Busuk, Plastik Terpakai Dibiarkan Penuh Atas Jalan! Peniaga Pasar Malam Dikutuk Pengotor, Besar Kepala Sebab Dah Bayar Yuran Pembersihan

22-5-2023 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 568| Komen: 4

Peniaga di tapak pasar malam mengharapkan sampah sarap yang terhasil semasa operasi perniagaan dibersihkan oleh pihak majlis perbandaran setempat.

Alasannya mereka sudah membayar yuran kebersihan jadi tanggungjawab untuk membersihkannya diserahkan bulat-bulat kepada pihak yang mengutip bayaran.


Foto: Twitter


Namun ada juga yang merasakan sampah sarap berkenaan perlu dibungkuskan di dalam beg plastik berbanding dibiar bersepah di atas jalan sehingga menyebabkan kekotoran dan mencacatkan pemandangan kawasan sekitar.

Seorang pelayar Twitter, Marina Ibrahim, berkongsi berkenaan tapak pasar malam di Skudai, Johor dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa sayuran yang dibiarkan di atas jalan.


"Berniaga boleh berniaga, tapi kebersihan kena jaga.

"Jangan ada mentaliti 'aku sudah bayar yuran kebersihan', selepas itu sampah merata buang apabila habis berniaga," ciapnya.

Bagi Marina Ibrahim, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan hanya mencacatkan pemandangan tetapi boleh mengakibatkan longkang tersumbat.

"Hujan, sampah masuk longkang... tersumbat jadi masalah," tambahnya lagi.

Lebih memburukkan keadaan apabila tapak pasar malam itu adalah di hadapan lot kedai.

"Nanti anda tak terima kalau pekedai marah, bantah ada pasar malam depan kedai sebab kotor.

"Salahkan sana sini, mentaliti tolong ubah," kata Marina lagi.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya berkongsi pandangan dan cadangan bagi membolehkan sampah sarap diuruskan dengan baik oleh para peniaga.

"Tak rugi tenaga kalau buang sampah dalam plastik besar. Ikat elok-elok, kumpul dekat satu tempat. Tak faham sesetengah tu buang bersepah-sepah tepi jalan, sudah satu hal kena kutip sisa-sisa makanan besar kat jalan.

"Cadangan saya, letak deposit tinggi.... kalau ada sampah, deposit hangus dan terus senarai hitamkan.

"Yuran untuk upah pekerja angkat sampah, tapi buat syarat sampah kena bungkus teratur... kalau tak buat, kena kompaun.

"Kena ada denda kebersihan. Kalau tak cuci sampah sendiri, minggu depan tak boleh sambung berniaga," ujar warga maya.

Tidak kurang juga yang mendedahkan, situasi seumpama itu bukan sekadar di pasar malam sebaliknya turut berlaku di medan selera kerana dikatakan sudah mempunyai tukang cuci.

"Sama juga dengan yang berniaga di food court. Sebelum atau selepas berniaga sapu dan bersihkan. Tak kisah ada cleaner atau tak, apabila bersih, aura positif muncul... barulah berniaga seronok, jual beli dalam keadaan selesa. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 22-5-2023 11:57 AM
MStar pun sangkak tak kenal Marina Ibrahim ni sapa. Sheols ADUN Skudai, memang wajar la marah sebab kawasan dia. BTW, komposisi kaum tu dah tau la mana yang majoriti kat situ & perangai macam ni
Quote pisanggoreng 22-5-2023 01:58 PM
negara bangsa J
Quote s@s@ 22-5-2023 02:21 PM
ni mesti kat kelantan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.032443 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top