CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebab Mulut, China 'Cancel' Uncle Roger

22-5-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3282| Komen: 62

Pelawak kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Roger dikenakan tindakan tegas oleh China selepas dia mempersenda Beijing sebagai ‘negara pengintip’ dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan.


Gurauan melampau Ng membawa padah apabila dia kehilangan akaun miliknya yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Weibo.


IG

Weibo dalam satu kenyataan memaklumkan akaun tersebut didapati melanggar peraturan.

Selain itu, akaun Ng di laman perkongsian video di Shanghai, Bilibili juga digantung.

Menurut pengguna media sosial, Uncle Roger kena ‘cancel’ kerana klip yang dikongsi di Twitter mengenai sebuah rancangan yang bakal disiarkan pada bulan depan.

Ketika bercakap dengan penonton, Uncle Roger dengan selamba membidas rangkaian pengawasan dilakukan Beijing dan menyebut isu dasar Satu China ketika berjenaka tentang Taiwan.



IG

Pada Rabu, pihak berkuasa China mendenda sebuah syarikat komedi sebanyak 14.7 juta yuan (RM9.5 juta) dan turut mengancam mengambil tindakan undang-undang lebih tegas gara-gara jenaka disifatkan melampau terhadap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-5-2023 10:58 AM
Mamat ni dah kaya dgn hasil utube jahh ka?
Quote grouper 22-5-2023 11:21 AM
Sape dia ni
Quote pokokmeranti 22-5-2023 11:25 AM
si dia nie ke yg buat video pelanggan tanya menu  babi/pork halal?
Quote DayangKirana 22-5-2023 11:33 AM
China bab2 ni memang sensitip skit.. so, ankel nak issue apology ke since dah lost mainland nephew and niece?
Quote sayurmayur88 22-5-2023 11:34 AM
apa ade hal.
dia mmg dh kaya pon,
Quote annehuda 22-5-2023 11:38 AM
aku tgk klip tu. nk kata dia kutuk china kaw kaw pun tak jugak. uncle ni tny sorg penonton die hang mai dari mana? Oh ghuangzhou china. fan die tu plak gi tambah die pakai phone huawei. uncle pun mcm perli2 la ha kene jaga-jaga takut china pasang spyware.  die siap ckp lg die mcm predict mesti pasni dia kene ban ngan china skali tu mmg btul
Quote BoongaKertas 22-5-2023 12:06 PM
iols suka tagline dia, "EMOTIONAL DAMAGE" tu. hahaha! kelakar!
Quote opie5662 22-5-2023 12:32 PM
BoongaKertas: iols suka tagline dia, "EMOTIO ...


Emotional Damage tu org lain.. Bkn uncle roger..
Quote Simunggu 22-5-2023 12:33 PM
bijak bijak lah sikit jangan jadi B40
Quote Thunderclouds 22-5-2023 12:34 PM
BoongaKertas replied at 22-5-2023 12:06 PM
iols suka tagline dia, "EMOTIONAL DAMAGE" tu. hahaha! kelakar!



Tu org laen kaka
Quote supernaturalee 22-5-2023 12:35 PM
klu kt bolehland, u mntk maaf, setel isu

Quote Thunderclouds 22-5-2023 12:37 PM
Xpernah tgk channel dia.
Pelat cainis dia tersgt la exaggerated.
Annoying nk mam.
Quote kucingitam 22-5-2023 12:40 PM
kelakar dia ni...takleh bergurau betul china ni..
Quote Supersirap 22-5-2023 12:51 PM
Sensitif betul abang long ni
Quote Yoonggi 22-5-2023 12:55 PM
tgk vid dia a few bolehla tp klu tgk byk, jd annoying plak
Quote shamsadis 22-5-2023 01:01 PM
China memang bertegas, tengok negara kita, Nawewee tu selamba jee
Quote alieyrina 22-5-2023 01:04 PM
Tau sikit pasai dia sbb masuk wired. asalnya dulu data scientist.
Buat standup masa study kat u.s ada org gelak sikit2 dia kata bolehla buat standup..
Quote BoongaKertas 22-5-2023 01:38 PM
opie5662 replied at 22-5-2023 04:32 AM
Emotional Damage tu org lain.. Bkn uncle roger..

hahahahahaha. iols ingatkan org yg sama weh
Quote Kitty_catz 22-5-2023 01:41 PM
emotional daammmaagggeee

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.091735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top