CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawal Platform Tempahan Hotel Online

22-5-2023 10:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1963| Komen: 44

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa menggubal akta atau perundangan khusus untuk mengawal selia operasi platform tempahan hotel dalam talian yang semakin bertambah sehingga menjejaskan perniagaan dan pendapatan pengusaha hotel.


Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel, berkata platform itu yang berperanan seperti agensi pelancongan dalam talian dilihat bertindak tidak adil kerana tiada undang-undang untuk mengawalnya, sehingga kadangkala syarat ditetapkan menekan pengusaha hotel.

Beliau mengakui pengusaha hotel sepertinya tidak mempunyai pilihan melainkan bergantung kepada platform terbabit untuk menguruskan tempahan terutama selepas pandemik COVID-19 melanda.


"Memang hotel ada laman web sendiri, tetapi pengguna lebih cenderung melayari pelbagai platform tempahan dalam talian disebabkan mereka menyediakan diskaun dan tawaran lebih menarik.

"Masalahnya ada agensi pelancongan dalam talian ini yang mengambil kesempatan, contohnya mengenakan komisen tempahan bilik hotel terlalu tinggi sehingga 45 peratus daripada pengusaha hotel tempatan.


"Mereka juga menawarkan diskaun menarik kepada pelanggan tanpa ada perbincangan mahupun persetujuan pengusaha hotel. Apabila pengusaha membuat bantahan, kita terpaksa berdepan risiko iklan bilik kami di laman web mereka dikurangkan, malah disekat," katanya.

Keadaan pasaran sekarang memaksa pengusaha hotel menggunakan khidmat platform tempahan dalam talian selain terpaksa mengikut kemahuan mereka sama ada untuk menurunkan harga atau menawarkan apa-apa pakej meskipun ia tidak memberi keuntungan kepada pengusaha hotel itu sendiri.

"Dengan kutipan komisen tinggi dan tempahan harga bilik hotel yang murah, bagaimana pengusaha hotel nak mengekalkan perkhidmatannya pada tahap terbaik.

"Disebabkan situasi ini juga, pengusaha hotel berdepan kesukaran untuk menaik taraf kemudahan, termasuk mengecat hotel, menukar barang dan kelengkapan seperti tuala untuk kegunaan pelanggan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau mendakwa ada juga situasi di mana harga bilik hotel dinaikkan sehingga RM300 untuk satu malam pada waktu puncak, sedangkan harga biasa hanya antara RM50 hingga RM80 satu malam.

Ini berlaku khususnya pada musim perayaan kerana permintaan untuk bilik hotel tinggi dan platform tempahan dalam talian ini mengambil kesempatan untuk mengutip komisen lebih.

"Keadaan ini menjadi tidak adil bagi pengguna. Pengusaha hotel mungkin tidak bersetuju kerana ia akan membebankan pengguna, namun perlu menerimanya.

"Agensi terbabit bermaharajalela dan tindakan mereka seperti satu bentuk penjajahan menggunakan teknologi, malah sudah menjadi norma baharu," katanya.

Mengulas undang-undang untuk mengawal selia operasi platform tempahan hotel dalam talian, Sri Ganesh memberi contoh dari segi ketetapan komisen.

"Jika kerajaan kata komisen perlu lima peratus, maka mereka (platform tempahan) perlu akur dan patuh atau berisiko berdepan tindakan laman web disekat.

"Mungkin juga boleh ditetapkan harga untuk beberapa jenis bilik hotel supaya tidak melepasi hadnya," katanya yang turut bimbang dengan status rata-rata platfrom terbabit yang beroperasi di luar negara yang memungkinkan adanya risiko dari segi keselamatan data pengguna.

Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Sam Cheah Swee Hee berkata ada agensi pelancongan dalam talian atau platform tempahan hotel dalam talian didakwa mengenakan komisen tempahan bilik hotel termasuk cukai daripada pengusaha hotel tempatan.

"Ia menjadi antara rungutan pengusaha hotel ketika saya menerajui pimpinan MAH.

"Pengusaha hotel 'bising' mengenai kutipan komisen dengan cukai. Saya beri contoh kalau harga bilik hotel RM100 termasuk cukai enam peratus adalah RM106.

"Agensi itu mengenakan komisen mengikut harga bilik hotel termasuk cukai iaitu untuk RM106 dan bukan untuk RM100," katanya pada BH.

Ditanya dakwaan komisen dikenakan sehingga 45 peratus, Swee Hee berkata jumlahnya ditentukan dalam persetujuan antara pengusaha hotel dan agensi pelancongan itu.

"Terpulang kepada pihak terbabit untuk bersetuju mengenai jumlah komisen dikenakan," katanya.


Sumber: BH Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-5-2023 11:04 AM
Platform apa tu? Kalau pakai booking.com ka agoda ka, masalah yg sama ka? Iols tgk rega bilik lagi murmur drp tempah teruih drp website hotel..
Quote ledigugu 22-5-2023 12:00 PM
Tinot7: Platform apa tu? Kalau pakai b ...


Betul lagi murah tapi takde guarantee yg hotel dpt booking you. Banyak kali dah i nampak and i sendiri terkena, bila booking bilik hotel dgn agent yg bukan hotel punya, smpi hotel nak check in, booking takde. Tapi kat kita punya booking details dah ada booking number.
Quote midori888 22-5-2023 02:27 PM
ledigugu replied at 22-5-2023 12:00 PM
Betul lagi murah tapi takde guarantee yg hotel dpt booking you. Banyak kali dah i nampak and i sen ...



cuols guna platform mana? ke direct dgn hotel?
Quote Yoonggi 22-5-2023 02:47 PM
setakat ni guna agoda dgn booking.com klu x book kt website hotel tu itself, ok jer. rasanya penah jgk guna expedia ka apa nama dia sekali.
Quote shernazz 22-5-2023 02:51 PM
Agoda ni slalu orang terkena..
Datang takde booking
Hotel juga cakap takde booking
N suruh amek pakej direct dengan hotel
Hoho
Quote hyie 22-5-2023 03:14 PM
yes nok. Weols dulu guna oyo, pastu diorang amik komisen tinggi nyah. Bila diorang jual, biasanya harga murah gila. HArga asal RM100, diorang jual RM40. PAstu hotel kena bayar certain percent komisen daripada harga RM40 tu. Pastu lagi, diorang pon dah cekau duti daripada guest ala2 duit processing fee gitu. Ni bukan oyo je, lelain pun lebih kurang je.

Kalau percent tinggi, diorang iklankan la kat first page. Kalau rendah, letak page belakang2, orang pun tak tengok. Sama konsep macam letak barang kat rak supermarket la. Yang sendu diletak kat rak tersorok2 gitu

Quote imanjannah 22-5-2023 03:15 PM
aku mmg suka guna website yg direct terus ngn hotel, klu tiba2 nk modified booking, lebih senang
Quote hyie 22-5-2023 03:17 PM
shernazz replied at 22-5-2023 02:51 PM
Agoda ni slalu orang terkena..
Datang takde booking
Hotel juga cakap takde booking

Kadang guest tu propa je uols, diorang takat survey kat agoda etc, pastu kata dah book. Choiiii. Meols konsep selagi nama kau takda dalam sistem, meols suruh dia tunggu je Kadang memang diorang survey pastu nak mintak harga walk in macam online tu. So bagi je lah, at least tak payah bayar komisen kat online booking
Quote shernazz 22-5-2023 03:25 PM
hyie replied at 22-5-2023 03:17 PM
Kadang guest tu propa je uols, diorang takat survey kat agoda etc, pastu kata dah book. Choiiii. M ...

Depa slalu kena kat Oyo hotel
Dah bayo then bila sampai kata tak booking
Kat fb..hotel review group slalu up isu ni..ramai juga yang tkena
Quote Decaffeinated 22-5-2023 03:41 PM
Nak gomen regulate to protect businesses? Berangan is free. Web booking is the best thing that ever happen to travel. Aku dah guna Expedia, Agoda, trip.com you name it from Korea to Niagara tiada masalah.

Bye2 direct booking.
Quote midori888 22-5-2023 03:56 PM
Edited by midori888 at 22-5-2023 04:03 PM
shernazz replied at 22-5-2023 02:51 PM
Agoda ni slalu orang terkena..
Datang takde booking
Hotel juga cakap takde booking



pnh dgr jugak psl Agoda....meols biasa guna Booking jer, so far alhamdulillah their service bagus...
Quote miszclassique 22-5-2023 04:02 PM
Setakat ni takde masalah guna Agoda untuk stay dalam/luar negara... Lepas booking dekat apps, 2 3 hari lepastu call hotel tu direct dan tanya tentang booking tu ada nama ke takde... In case takde, terus direct contact Agoda/pape apps lah untuk tanya
Quote meah_kelabu 22-5-2023 04:21 PM
pakai trip.com bole collect points n kdang2 harga lg murah dr agoda n booking
kdang2 best gak usha2 hotel dr agent yg mcm gerbang tours tu kan tp xpernah pakai lg so far agent2, meols suka deal sndri jah. malas nk pakai org tgh
Quote shernazz 22-5-2023 06:51 PM
midori888 replied at 22-5-2023 03:56 PM
pnh dgr jugak psl Agoda....meols biasa guna Booking jer, so far alhamdulillah their service bagus ...

Ye ke..iols tak pernah guna Agoda
Takut tergoda gituu...
Quote midori888 22-5-2023 06:52 PM
shernazz replied at 22-5-2023 06:51 PM
Ye ke..iols tak pernah guna Agoda
Takut tergoda gituu...

Sbb tu meols guna Bookings..com jer.....
Quote midori888 22-5-2023 06:57 PM
miszclassique replied at 22-5-2023 04:02 PM
Setakat ni takde masalah guna Agoda untuk stay dalam/luar negara... Lepas booking dekat apps, 2 3 ha ...

Meols guna booking, so far tak pnh lagi meols call hotel tanya if ada my booking. Biasa bila sampai hotel reception tanya passport jer. Nie hotel overseas lah, kalu kat Msia minta IC....
Quote Fly_over 22-5-2023 07:00 PM
Edited by Fly_over at 22-5-2023 07:03 PM

iols pernah kena scam kt booking.com masa tu festime guna. dah sampai skali ada pelancong lain tgh stay. tp scammer kata tu cleaner suh iols tunggu siap. anak iols nk berak. laki iols hantar jugak kt homestay tu. skali yg kt dalam rumah tu pelancong jugak. tp rumah tu rmh kawan dia, dia sewa dgn kawan dia. pastu weols walk in hotel. saja laki iols cite kt org kaunter tu weols br kena scam. dia ckp hotel dia tu pn ada scammer gunakan kt agoda. pdhal deyols xde join agoda. agoda, booking xselamat.
Quote wirazam 22-5-2023 07:14 PM
shernazz replied at 22-5-2023 06:51 PM
Ye ke..iols tak pernah guna Agoda
Takut tergoda gituu...

Pastu guna booking tak takut terbooking ke...hahaha
Quote TomyamPuteh 22-5-2023 07:15 PM
Sbb tu lps booking terus call hotel. Tanya booking masuk ke tak? Seminggu sblm Check in call lg sekali. Ini la apa yg aku selalu buat wpon booking hotel 2/3 bintang je pon

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top