CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Wang 'Disedut' Dalam Akaun Bank Meningkat 7 Kali Ganda

22-5-2023 10:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 598| Komen: 6

Johor Bahru: Jenayah siber membabitkan kes wang berkurangan dari akaun bank di Johor meningkat tujuh kali ganda setakat kelmarin iaitu 173 kes berbanding 26 kes tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia membabitkan jumlah kerugian yang tinggi iaitu RM4.5 juta berbanding RM500,000 dalam tempoh sama.


Katanya, siasatan mendapati kes wang berkurangan dari akaun bank disebabkan dua faktor utama.

Gambar hiasan.

"Faktor pertama atau modus operandi yang digunakan ialah mangsa menerima panggilan dari suspek yang mengaku sebagai penguat kuasa atau pihak tertentu yang mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan akaun bank mereka akan dibekukan.

"Suspek kemudiannya menawarkan untuk membantu mangsa dan meminta mangsa memberikan atau mendedahkan maklumat perbankan yang penting seperti nombor akaun bank, kod pengesahan kad (CVC) atau nilai pengesahan kad (CVV), nama pengguna dan kata laluan serta nombor laluan sekali sahaja (OTP).


"Modus operandi kedua, mangsa tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditemui secara dalam talian dan diarahkan untuk menekan pautan yang diberikan bagi tujuan pendaftaran dan membuat pembayaran.

"Mangsa memasukkan butiran perbankan masing-masing melalui pautan tersebut tanpa sedar maklumat itu dihantar kepada pihak yang tidak sepatutnya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Menurut Kamarul Zaman, mangsa menyedari berlaku pengurangan wang di dalam akaun bank hanya selepas membuat semakan penyata akaun atau menerima notifikasi daripada bank.

"Polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak berkaitan.

"Orang ramai digalakkan membuat bayaran secara atas talian menerusi laman web rasmi bank berkenaan dan bukannya menerusi pautan yang diberikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi.

"Polis juga menyarankan agar orang ramai memuat turun aplikasi yang disediakan pihak bank dikenali sebagai 'secure verification' atau pengesahan keselamatan bagi meluluskan sesuatu transaksi perbankan atas talian dengan cara lebih selamat," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 22-5-2023 11:04 AM
Atau pon dgn cara tolak amount yg sikit dari bank banyak kali. Iolss terkena baru ni. Dah lah tak pernah masukkan nombor kad debit dgn ccv kat mana² on9 sbb nti tac nombor akan di hantar kat no phone lama. Sekali tengik tolak rm20 lima kali dlm masa sehari. Gila lahhh. Bila check apps cakap tolak sbb podcast & guna debit. Atokk dia lah. Dah lah aku tengok semua wayamg, series pon free lg nak subscribe podcast ke !!!? Mmg tak lah kan. Ayah iolss cakap kje org bank jugak. Entahlahhh mmg aku haramkan je. Lepas dpt tahu tu terus call customer service buat report so dia block kad, dgn apps. Siap cakap duit tak boleh nak buat apa. Aku malas nak further lantak lah. Lepas tu setiap hari mesti check balance & transaction
Quote mia31483 22-5-2023 11:10 AM
iols baru kena...iols tdo awal skali bgn jam 5 am dpt noti ada pembayaran guna cc iols rm745 ke merchant facebook jam 10 lebih mlm...buka apps m2u xdpt sbb maybank tgh upgrade kan sistem smpi 7am..iols call la call center dia cek mmg ada trx tu so dia block kad iols n replace kad baru..mslhnya kad baru smpi at least 5 hari bkeja..sabtu ni iols nak g obersi..dh aku kena pakai cash je...debit xnak guna sbb lg tacoodddddd...huaaaaa...
Quote sayurmayur88 22-5-2023 11:39 AM
"Suspek kemudiannya menawarkan untuk membantu mangsa dan meminta mangsa memberikan atau mendedahkan maklumat perbankan yang penting seperti nombor akaun bank, kod pengesahan kad (CVC) atau nilai pengesahan kad (CVV), nama pengguna dan kata laluan serta nombor laluan sekali sahaja (OTP)."

dh dia yg bagi semua info ke scammer tu mmg senanglah diorang nk hack
Quote Skuau 22-5-2023 11:45 AM
Syukur...aku x terkena lg..SEBABNYA PUNG...AKU ikut cara idup taun 90an dedulu...xde perbnkan online,xde debit kad dll yg setaraf dgnnya...masuk jer gaji..keluarkan semua.'Jiwa x kacau'...dibuatnya.....
Quote Tinot7 22-5-2023 11:46 AM
Baca komen2 dlm, iols dah risau plak..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040749 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top