CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'I Love Netizen...Tak Boleh Sikit-Sikit Nak Sentap' - Elly Mazlein OK Ada Yang Tak Suka Busana Senteng Di Big Stage 5

22-5-2023 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2090| Komen: 12

Pengacara Big Stage 5 (BS5) Elly Mazlein bersyukur semuanya berjalan lancar dan berterima kasih kepada semua yang menonton Big Stage 5.

Mengulas mengenai komen segelintir warganet yang kurang senang melihat penampilannya ketika mengendalikan program itu malam tadi, Elly yang mesra disapa Kak Lina tampil mengenakan persalinan jaket senteng dalam rona perak lengkap dengan padanan skirt labuh bawah lutut.



IG

“Tidak mengapa, kita sentiasa kena positif. Apa sahaja (yang ditulis) di Twitter ke apa tak apa saya okay. Sebab saya juga dapat banyak sokongan daripada mereka juga. Jadi kalau ada yang tegur ke saya okay dan hormati. Kerja tetap jalan seperti biasa,” katanya kepada MH.

Mahu terus perbaiki demi memberikan yang terbaik, penyanyi lagu Dusta Cinta ini bagaimanapun mengambil maklum akan nasihat serta teguran membina warganet terhadapnya.

“I love netizen… bukannya apa sebab apa yang saya nampak, ada di antara mereka yang sebenarnya banyak membantu dalam perjalanan karier seni saya juga. Kita tidak boleh sikit-sikit nak sentap, melenting. Tak payah.


“Sebab mungkin ada yang diperkatakan oleh mereka itu betul. Masing-masing punya hak untuk membuat sebarang komentar. Saya menghormati segala pendapat.

“Saya tak pernah nak marah sebab saya berada di sini dan diterima pun kerana mereka juga. Tak boleh nak kecil hati. Kita pula sudah 18 tahun (dalam industri) tak kan sikit-sikit nak sentap,” katanya lagi.


IG

Dalam pada itu, ramai juga yang terhibur dengan gaya mengacaraannya bersama rakan hos, Rina Nose meski pertama kali digandingkan bersama di atas satu pentas secara langsung.

“Sebagai hos kita cubalah memberikan yang terbaik dan saya bersyukur kerana ‘combo’ Kak Lina dan Rina ini diterima. Bukan senang nak buat orang ketawa. Memang kami menjadi pengacara sebuah rancangan pertanding, tetapi pada masa sama kita selitkan juga jenaka dan elemen humor.

“Sebab kita mainkan peranan iaitu selain penonton melihat sebuah pertandingan, pada masa sama mereka juga boleh berhibur. Tidaklah sekarang ada pertandingan sahaja, tak best… kena ada ‘warna,” katanya.




BS5 bersiaran secara langsung dari AuditoriumMBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.

Terdahulu dalam minggu ketiga saingan, penyanyi Naufal Azrin diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir selepas berada di kedudukan tiga tercorot.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 22-5-2023 10:56 AM
Aku tk suka rina hidung ni.. Elly ok
Meluat lak tgk perasan lawak
Quote Carcosa 22-5-2023 12:40 PM
Aku mati2 ingat skirt dia paras peha, sebelum scroll ke 2nd pic tu.
Lohhhh, rupanya lepas lutut yach. Gitu pon Dihencap ka? Sah2 Kak Linos bukan berhijab. Haiyooooo. Habis nak pakai baju mcm kemah ke, baru tak dihencap
Quote Tudungpink 22-5-2023 12:43 PM
Kak lina ni baju dia dr gv lagi memang x lawo ..kene tukar stylist
Quote ekselen 22-5-2023 01:23 PM
Baju ko buruk kak...dah le body cenggitu... Beza tol ngan rakan pengacara dia tu.. Kalo body dh rendang gitu x sesuai pakai skirt kembang nampak mengembang lg... Kena pakai seluar atau dress labuh xde sarat2 je dia ni... br la nampak tinggi..
Quote kaseh80 22-5-2023 01:46 PM
Dah mcm peti ais
Quote AnnaSendin 22-5-2023 09:37 PM
Entahlah, yang iols nampak bergaya masa jadi host sherry al hadad sajork. Walaupon bam², tapi baju² sheols fashionable and classy. Yang lain, mangsa pesen. Baju kembang setaman fefeeling pwincess.
Quote dudaberhias 22-5-2023 09:41 PM
memang baju tu buruk pun... entah taktau bapok mana yang dandan kan... tak silap kaka tengok show2 korea, america even thailand pun tak pernah jumpa pesen sehauk gitu... pondan2 thai muka keras dan sasa pun lagi meletop fesyen theyols...

Quote imanjannah 22-5-2023 09:43 PM
baju tu x sesuai ngan kak Lina.. apa2 pun luv u kak Lina
Quote razzia 22-5-2023 09:47 PM
hauk nya bajunya nampak lg mengembang,nampak semegah lagi masa gv,nmpak cantik juga,ni tersembul bahagian dada tu dgn coler silvernya.
Quote ggxoxo 22-5-2023 10:54 PM
Harap sheols hire stylist Sherry al Hadad
Quote alieyrina 22-5-2023 11:04 PM
Aku tgk rina pakai apa pun cantik. Sbb dia kecik molek agaknya
Quote Sazreena 23-5-2023 12:07 PM
Buruk buat rambut centu..tukar la stail lain. Bajunyer punnnn...rendang tak berbuah kekdahnya..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.042541 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top