Syafiq Kyle 'sentap' apabila hubungan romantisnya bersama aktres tinggi lampai, Mimi Lana tetap menjadi pilihan media untuk dikorek dan merasakan apa sahaja drama naskhah yang dirasakannya patut dibawa ke hadapan, tidak dipedulikan.
“Saya tidak berdiam tentang tawaran kerja yang saya terima. Saya cakap perkara ini kepada semua pihak. “Namun, saya sedih juga perkara sebegini tidak diberi liputan dan orang tidak tahu penglibatan saya. “Tidak nafikan juga orang mahu mengambil tahu mengenai perkahwinan tetapi dalam masa sama saya bekerja dan sedang merancang apa yang perlu dilakukan selepas kahwin,” katanya kepada HibGlam. Biarpun dihadapkan dengan pelbagai tawaran berlakon, Syafiq akui agak sedih apabila segala usahanya tidak diberi tumpuan. “Sebagai pelakon saya kena mengembara. Tidak semestinya jadi tumpuan orang, barulah saya mula buat.
“Saya ambil tawaran ini sebagai proses pembelajaran dan untuk belajar bahasa Inggeris. “Jadi, saya suka cabar diri. Saya tidak berdiam diri mengenai tawaran ini tetapi saya sedih perkara ini tidak jadi fokus,” luahnya dalam nada kesal. Berkongsi berita gembira, tunangan Mimi Lana itu bercerita tentang penglibatannya dalam sebuah siri adaptasi novel berkisar lelaki bernama Inspektor Singh terbitan produksi United Kingdom. “Saya terlibat dalam satu siri yang bakal dimainkan dalam platform penstriman di United Kingdom (UK) dan penggambaran dijalankan di Malaysia. “Kebetulan ketika saya sertai proses pemilihan pelakon semasa mereka membuat pencarian bakat di sini, ada juga beberapa artis Malaysia lain terlibat dalam naskhah berkenaan,” jelasnya. Menceritakan lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Nur itu kini persediaan untuk menjalani penggambaran pada bulan hadapan. “Naskhah tersebut bercerita tentang Inspektor Singh yang ke beberapa ibu kota setiap negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Iceland untuk menyelesaikan beberapa kes. “Saya pula memainkan watak sebagai Sarjan Shukor dan saya tidak boleh memperincikan mengenai watak tersebut. “Sekarang baru proses persediaan, jadi saya tidak boleh memutuskan apa-apa lagi,” ujar Naib Juara Hero Remaja 2011/2012 itu. Penglibatannya dalam naskhah terbitan UK tersebut juga disifatkan sebagai batu loncatan untuk melebarkan lagi kariernya. “Tawaran ini sebagai batu loncatan saya untuk kenalkan bakat dan boleh pergi lebih jauh. “Saya minta doakan kehidupan saya dan tawaran tersebut sememangnya impian saya,” tuturnya. Menyambung perbualan tentang kemaraan kerja seni, Syafiq juga sedang muncul dengan sebuah karya Tonton Original berjudul Seindah Kasih The Movie yang ditayangkan sejak 12 April lalu. Seindah Kasih The Movie memaparkan kisah enam kaki tangan Media Prima daripada jabatan yang berbeza. Kesemua mereka menghadapi krisis hubungan tatkala kesibukan bulan Ramadan. Syafiq memegang watak utama sebagai Nazmi iaitu seorang wartawan akhbar yang sering timbul rasa tidak puas hati terhadap seorang wanita yang bekerja di bahagian digital.
|
fossil replied at 22-5-2023 11:46 AM
mcm tak jadi jer.......
fossil replied at 22-5-2023 11:46 AM
mcm tak jadi jer.......
ADVERTISEMENT