Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah kembali menuai kecaman selepas tampil seksi dengan dres sequin merah jambu. Dia kemudian menayang kulit tan yang diminati ramai pengikutnya dengan mengenakan pakaian seakan-akan sedang berkemban. Dalam hantaran itu, Sakinah atau mesra disapa Kinah, 34, berkongsi tipnya untuk menjaga kulit selepas melakukan proses menggelapkan kulit sehingga menjadi warna keperangan. Bagaimanapun, hantaran itu mengundang kecaman sehingga ada yang meninggalkan komen berbaur lucah. Namun, Sakinah sekadar meninggalkan komen 'takut menyesal je' sebagai reaksi. - CARI
|
ADVERTISEMENT