CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gerai Shikin Maembong Musnah Akibat Ribut, Perlu RM20 Ribu Untuk Baiki "Abang Cat Tenangkan Saya, Dia Janji Nak Harungi Susah Sama-Sama"

22-5-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4284| Komen: 52

Kekasih Cat Farish, Shikin Maembong berdepan ujian hebat apabila kedai Cekopis miliknya yang terletak di Desa Pandan Kuala Lumpur mushah akibat ribut pada Jumaat lalu.

Katanya ketika kejadian dia berada di luar kawasan dan menerima khabar duka itu daripada peniaga bersebelahannya yang turut mengalami nasib sama.


Foto:IG

Katanya, kerosakan yang berlaku menyebabkan dia mengalami kerugian besar dan memerlukan modal RM20,000 untuk membaikinya namun bersyukur tiada pekerjanya yang tercedera.

"Kedai saya hancur, bahagian belakang kedai saya rosak teruk. Barang banyak ada yang dekat dalam tapi nasihat pihak Bomba untuk tidak ambil barang itu.

"Mereka kata kalau kita ambil bimbang tiang akan runtuh. Banyak barang rosak macam peti ais... peti ais beku untuk simpan barang pun rosak. Tapi ada juga barang yang dapat diselamatkan.

"Saya masih dekat Taiping dan pun belum tengok tempat kejadian tapi ada pekerja kedai sebelah beritahu dan hantar keadaan kedai pada saya. Anggaran kos kira-kira dalam RM15,000 hingga RM20,000 untuk baiki segala kerosakkan," katanya kepada mStar.




Shikin berkata ketika menerima khabar tersebut dia menangis di depan kekasihnya yang juga penyanyi dan komposer Cat Farish kerana bimbang dengan keadaan kedainya yang musnah.

Dia bagaimanapun bersyukur apabila Cat berjanji untuk mengharungi kesusahan itu bersama-samanya sehingga semuanya selesai.

"Masa hari kejadian itu, saya sebenarnya menangis tengah malam. Hati tak tenang sebab saya tak ada dekat Kuala Lumpur. Saya fikirkan barang-barang dekat dalam kedai itu macam mana dan risau.

"Tapi yang meredakan saya waktu itu adalah Abang Cat. Saya menangis depan dia dan dia pun tenangkan saya. Dia kata nak harung sama-sama, kalau dulu sorang-sorang mungkin tak terurus semuanya. Saya pun lebih tenang disebabkan dia," jelasnya.



Shikin juga memberitahu bahawa kedainya bakal berpindah di kawasan yang lebih selamat untuk sementara waktu.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kawasan berkenaan mengambil masa dua bulan untuk dibaiki.


"Kami pun akan berpindah ke lokasi baharu sebab kedai di situ akan ambil masa dua bulan untuk kembali pulih sepenuhnya.

"Jadi saya akan berniaga di kedai kawan saya di Melawati untuk sementara waktu," ujarnya.





Sebelum ini, Shikin memuat naik sebuah video yang memaparkan keadaan kedainya musnah akibat ribut yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 22-5-2023 10:00 AM
"saya menangis di depan dia dan dia menenangkan saya..."

kahkahkah
Quote mamajawie 22-5-2023 10:14 AM
downgrade btul ciken ni..dari kawen anak dato, pastu bini bernombor datuk last2 kapel dgan si retis sendu masam ni..
Quote prettyuglybabe 22-5-2023 10:25 AM
kedai pacak tiang jadah sampai berpuluh ribu nak repair..
lesen pun entah ada entah tidak..
memang i curse gerai desa pandan tu..
buat semak sesak kawasan..
terima kasih ribut..
Quote likilu 22-5-2023 10:30 AM
Acik forum dan netizen semuanya bersetuju hubungan ngan mertua akan selamanya tak putus

So apa lagi ayah mertua terpaling kan ada. Daripada dia bagi duit kat anak dia yg tak acknowledge sumbangan prihatin ayah sendiri, baik bagi kat menantu yg pandai dan rajin berniaga.

Mana acik forum yg selalu sangat maki I kat benang ps tu mana mana. Ps dah cerai berkali kali pun xnak berganjak dari rumah agam 7 tingkat sebab hubungan menantu mertua bagai air dicincang takkan putus sampai anak sendiri nak balik rumah jumpa mak pak pun segan.

Mana acik acik ituuuu
Quote cattiecute 22-5-2023 11:19 AM
ayukpingu: "saya menangis di depan dia dan dia menenangkan saya..."kahkahkah

time bercinta baru2 gini la
ayat sama je ulang2 setiap laki.

Quote Manusiabesa 22-5-2023 11:37 AM
Hahahah geli oiii tgok org tua becinta. Goosebump. Geli geleman..
Quote wirazam 22-5-2023 11:41 AM
prettyuglybabe replied at 22-5-2023 10:25 AM
kedai pacak tiang jadah sampai berpuluh ribu nak repair..
lesen pun entah ada entah tidak..
memang i ...

Extension tu ada dpt kelulusan tak?
Quote doubleA 22-5-2023 11:45 AM
Ckin ni cantik je masa dgn cepriz tu siapa yg buat perangai? Tapi dgn catfish ni macam problematic je banyak kali kawen cerai. Tapi ayat power kot banyak pompuan lekat
Quote laksmanabentan 22-5-2023 11:52 AM
prettyuglybabe replied at 22-5-2023 10:25 AM
kedai pacak tiang jadah sampai berpuluh ribu nak repair..
lesen pun entah ada entah tidak..
memang i ...

hahahaa... baru nak cakap benda yang sama...
artis kalau tak propa... bukan artis ler kann......


Quote brunesss 22-5-2023 11:59 AM
geli geleman aku membaca artikle ni
Quote vanillaninja 22-5-2023 12:02 PM
Takziah la rugi ribu2. Tapi agak cringe membaca dah tua2 pun bercinta macam BBNU. Uols tu dah la dah kahwin berkali2. Jadah macam first time bercinta?
Quote HoneyManjer 22-5-2023 12:11 PM
heran jap aku...bukan kedai kenopi biru jenama mutu jer ke kedai dia? ke sklai dgn equipments semua rosak...kene ganti semua skali....
semoga dimudahkan lah semua urusan kaka yachhh
tentang jodoh tu tanak komen la...dlu aku pun kawen dgn laki kepam yang ku ingatkan lelaki kiriman tuhan...haha
bahagia tu kita yang cipta....
Quote prettyuglybabe 22-5-2023 12:17 PM
wirazam replied at 22-5-2023 11:41 AM
Extension tu ada dpt kelulusan tak?

dont think so..berbelas tahun dulu mula pacak payung..
pastu dua tiga pacak tiang buat kedai makan..
la ni sepanjang jalan tu penuh sesak..
desa pandan tu asal muat pacak, depa pacak..
sampai sesak nak mampus..
dah la situ penuh rumah..
pastu penuhkan lagi dengan kedai pacak..

Quote syamzana 22-5-2023 12:23 PM
iols bersimpati tapi bila baca tang "menangis
didepan kekasihnya blabla...mengharungi kesusahan bersama..."
adeiii la drama sgt cik kak oiiiiii...
moga dpt berurus niaga kembali la ye
Quote rayray28 22-5-2023 12:35 PM
Dpt khabar dr jiran kedai..nape bukan dr pekerja?
Quote oreocheesekek 22-5-2023 12:37 PM
ya ampunnnn, aku dok fikir nape plak abg tukang cat yg pujuk
Quote helicornia 22-5-2023 12:48 PM
oreocheesekek replied at 22-5-2023 12:37 PM
ya ampunnnn, aku dok fikir nape plak abg tukang cat yg pujuk

ngek la
Quote Aneem 22-5-2023 12:52 PM
Lemas la aku tgk org tua senget ni bercinta.
Gelenyah mcm budak yg baru tumbuh bulu.
Quote mawardia 22-5-2023 01:33 PM
I ols tumpang simpati dgn nasib retis yg ada effort nak cari rezeki dan x meratib mintak sponsor utk kelangsungan idup.
I ols jua dalam masa yg sama melahar mana2 retis yg over dlm bercinta lebih2 lagi di usia yg lanjut.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.049985 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top