CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Tiket Konsert Coldplay, KJ Minta Malaysia Rai Kehadiran Bintang Besar Luar Negara

21-5-2023 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 452| Komen: 6

Bekas menteri yang juga penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin atau KJ mengakui membeli tiket Konsert Coldplay Music of the Spheres World Tour yang akan berlangsung pada 22 November ini.

"Ya, saya beli tiket walaupun bukan mudah. Saya beli secara sah," akuinya.



Kekal dengan pendiriannya, KJ ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hot FM dan Buletin FM berkata, Malaysia perlu mengalu-alukan kehadiran bintang-bintang besar dari luar negara.

"Masyarakat Malaysia ini ada pelbagai jenis. Ada yang konservatif, ada yang liberal dan sebagainya. Yang konservatif, mereka ada sedikit masalah dengan acara hiburan seperti konsert. Dalam industri hiburan, kita sentiasa berdepan dengan perkara ini. 

"Saya kekal dengan pendirian saya di mana, Malaysia kena menjadi negara yang mengalu-alukan kehadiran artis dari luar. Lagi pula, ia tidaklah keterlaluan," katanya kepada Harian Metro.


Tambahnya, kehadiran nama-nama besar bertaraf antarabangsa ini juga akan membawa kesan baik kepada negara terutamanya dari sudut ekonomi dan pelancongan.

"Kalau kita tutup kehadiran mereka, kita yang akan rugi dari sudut ekonomi dan pelancongan. Selain itu, kerugian juga buat artis-artis tempat untuk mendapat inspirasi daripada kehadiran mereka ini," katanya.

Mengulas isu 'scalpers' atau ulat tiket, KJ menyarankan agar pihak penganjur mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan mencontohi negara luar yang menggunakan sistem lebih menekankan ciri-ciri keselamatan.

"Banyak cara yang kita boleh belajar daripada negara lain. Contohnya, tiket dijual perlu dicetak dengan nama dan nombor kad pengenalan supaya tidak dijual semula (oleh mereka yang mengambil kesempatan).

"Kalau tak dapat pergi, pembeli itu kena jual semula kepada penganjur. 

"Saya rasa, masalah ini bukan berlaku di Malaysia sahaja. Mungkin apa yang berlaku ini, boleh kita jadikan sebagai iktibar. Selepas ini, mungkin kerajaan boleh letakkan syarat kepada penganjur untuk menyusun atur strategi penjualan tiket," katanya.

Terdahulu, KJ muncul memberi pendapat mengenai isu kontroversi kehadiran Coldplay di Malaysia, yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah pemimpin parti politik. 

KJ mengulas mengenai perkara itu di rancangan podcast Keluar Sekejap yang dilancarkannya bersama rakan seperjuangannya dalam dunia politik, Shahril Hamdan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-5-2023 11:21 PM
Speed of sound


Quote kakikuDibibirmu 21-5-2023 11:42 PM
KJ gay           
Quote sharlenetexas 21-5-2023 11:51 PM
kakikuDibibirmu replied at 21-5-2023 11:42 PM
KJ gay

Jgn pulak tak pakai underwear mcm chris martin.

Quote kotakominami 22-5-2023 12:38 AM
Ku tk paham coldplay ni dia sapot golongan itu dari segi ape? Hasil jualan tiket tu salur ke rumah kebajikan gay ke atau dia sapot light2 je mcm kak ning?
Quote Sazreena 22-5-2023 09:13 AM
Kolpelir dgn secara jelas, nyata dan terang menyapot lgbtvhd...bangga memakai bendera laskar pelangi gituh.
Quote bulalof 22-5-2023 09:21 AM
multiracial country...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.032898 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top