Pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamaruzzaman terus 'memanjakan' pekerja kilang sambalnya. Kali ini, kesemua 60 pekerjanya dibawa bercuti selama lima hari di Langkawi, Kedah.
Menerusi perkongsian di halaman Instagram Khairulaming, usahawan berusia 30 tahun itu turut menutup kilangnya selama lima hari bagi merealisasikan hasrat percutian tersebut. "Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staf bercuti di Langkawi," tulisnya. Bukan itu sahaja, dia turut menyediakan hotel lima bintang, jetski dan pelbagai aktiviti menarik yang lain termasuk menyewa kapal persendirian untuk melihat matahari terbenam. Malah kesemua pekerjanya itu sekali lagi mendapat 'bonus' yang diberikan untuk mereka membeli-belah. Baginya, setiap yang dilakukan itu adalah untuk memberi kegembiraan dan sebagai penghargaan kepada pekerja.
|
Purplehaz: Ya ada company prefer raikan b ...
Purplehaz: Ya ada company prefer raikan b ...
Purplehaz replied at 21-5-2023 04:06 PM
Ya ada company prefer raikan bg mkn angin mcm ni, boleh jimat byk dari bg bonus 6 bln gaji.
gold_teeth replied at 22-5-2023 07:18 AM
dia bagi jugak duit poket kan,, tp rs perbelanjaan nak p langkawi ni pun mahal je. Company mcm dia ...
ADVERTISEMENT