CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Berita Perkahwinan Elok Diuar-Uarkan' - Esma Daniel Macam Beraya Bawa Isteri Kenal Keluarga

21-5-2023 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2160| Komen: 13

Hari pertama kembali bergelar suami pelakon Esma Daniel, 54, membawa isterinya, Nur Atira Mazlan, 31 berkunjung ke rumah saudara dan keluarga terdekat bagi menguatkan ikatan silaturrahim.

Menurut Esma, berita gembira bergelar suami kepada Atira perlu dihebahkan apatah lagi selepas lima tahun menduda, tambahan pula ada sanak-saudara tidak berkesempatan menghadiri majlis pernikahan yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kajang, semalam.


IG

“Hari ini saya seperti beraya. Cuma serinya berbeza sebab kini saya sudah beristeri.

“Saya bawa isteri berziarah ke rumah adik-beradik dan saudara mara. Maklumlah berita tentang perkahwinan ini elok kita uar-uarkan.

“Lagi pula ada juga saudara yang tidak sempat menghadiri majlis perkahwinan kami semalam, jadi hari ini kita raikanlah,” katanya dengan nada cerita ketika dihubungi Utusan Malaysia.




Menurut Esma lagi, bukan mudah baginya untuk membuat keputusan menamatkan zaman bujang selepas lima tahun menduda. Namun kejujuran yang dimiliki Atira telah membuatkan Esma yakin untuk menyuntingnya sebagai isteri.

“Ada orang yang berkawan dengan saya sekadar mengambil kesempatan. Ada yang jadikan saya sebagai batu loncatan. Ingin dikenali.

“Selama kami berkenalan, saya tidak pernah tunjuk atau muat naik gambar Atira di media sosial. Kadang ada juga dia bertanya, sebab iyalah perempuan inginkan kepastian.



“Namun saya lihat, Atira seorang yang jujur. Kejujuran itulah yang membuatkan saya suka kepadanya,” tambahnya lagi.

Sebelum berkahwin, Esma turut berbincang mengenai kariernya sebagai seorang pelakon kepada isteri dan keluarga mentuanya bagi mengelakkan salah faham.

“Saya bagi isteri ke set penggambaran. Saya tunjukkan set ini ibarat pejabat, tempat bekerja. Memang kami sesama pelakon kadang kala mesra namun tetap ada batas dan adabnya.

“Apa yang dipaparkan di dalam skrin, hanyalah sekadar lakonan. Selepas lakonan tamat, saya akan kembali menjadi diri saya. Lama-lama dia faham.

“Saya terangkan perkara ini kepada isteri dan juga keluarganya kerana risau jika ada salah faham ia akan menimbulkan masalah yang besar,” tambahnya lagi.

Kerana jadual penggambaran yang padat, Esma tidak berkesempatan untuk mengambil cuti berbulan madu.

“Insya-Allah dalam bulan depan saya akan melakukan penggambaran untuk naskhah terbaru di Penang. Alang-alang saya bawalah isteri, berbulan madu,” katanya.



Terdahulu, Esma disatukan dengan pasangannya Nur Atira Mazlan dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor.

Untuk info, Esma pernah berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis pada tahun 1992 namun bercerai pada tahun 1997. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak.

Kemudian pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Nitra Sari Omar pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2016. Mereka dikurniakan enam anak hasil perkahwinan tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolen 21-5-2023 10:10 PM
Ramai anaknya..cara ucapan mcm bbnu br dpt bini
Quote Olumis 21-5-2023 10:22 PM
Wow. Ramai juga anaknya ya. Tak tahu pula dah cerai dgn yg kedua tu. Tup2 kahwin baru.
Quote Purplehaz 22-5-2023 12:10 AM
Mesti bini yg ni kerja bagus juga.
Quote Blessed_Servant 22-5-2023 01:16 AM
I dulu suspect dia tak straight based on posting dia dekat ig. Bahaya betul zaman sekarang pelik sikit je terus ingat laki tu gay. Dulu2 tak terfikir pun macam tu. Astaghfirullahalazim. Nak kena minta maaf dekat uncle ni sebab sangka buruk.huhu
Quote tuntasha 22-5-2023 06:06 AM
Nak pulak bini dia nikah sebelum kenal family terdekat yer. Apapun, selamat pengantin baru semoga aman sentosa alam rumahtangga.
Quote vanillaninja 22-5-2023 08:29 AM
8 orang anak dah heols. Dengan wife baru mesti tambah lagi sebab sheols baru 31. Tahniah2.
Quote lasagna 22-5-2023 08:31 AM
ni prkahwinan yg ke 3 rupanya.
tu yg pelik, rse dia ni dah kawen beranak pinak.
oooo rupanya dia dh duda rupanya.
alhamdulillah, jodoh tak mngenal usia.
Quote mawarputih2612 22-5-2023 08:50 AM
penah jumpa dia ni
mmg still hensem
perut tak boroi, rambut tak beruban.
Quote myakayina 22-5-2023 09:29 AM
tahniah...yg ni terus kahwin je takde mcm pakcik jeri kan..
Quote Nuyak 22-5-2023 03:07 PM
14 tahun kahwin pun bercerai juge ye...lama juge tu bertahan..
Quote TabletSusu 22-5-2023 03:14 PM
masa dulu2 dia nikah sherie merlis tu.. aku rs dorg mmg sepadan sgt2.
Quote Login_ID 22-5-2023 03:23 PM
myakayina replied at 22-5-2023 09:29 AM
tahniah...yg ni terus kahwin je takde mcm pakcik jeri kan..

tertanya juga status pak jeri tu.
takkan tenggelam terus,
tak timbul2
Quote ghalibboy 23-5-2023 03:02 PM
tuntasha replied at 22-5-2023 06:06 AM
Nak pulak bini dia nikah sebelum kenal family terdekat yer. Apapun, selamat pengantin baru semoga am ...

Biasa masa  bertunang selalu kenal immediate family je, seperti parents....jarang pula kenal ahli keluarga lain.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.445328 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top