CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM4.5 Juta Sebulan Tampung Belanja Warga Emas Di Kelantan

21-5-2023 09:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 591| Komen: 4

Pasir Puteh: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta, bagi menampung keperluan perbelanjaan 9,034 warga emas berusia 60 tahun ke atas di seluruh negeri ini setiap bulan.


Pengarah JKM Negeri Said Sidup berkata jabatannya juga turut membelanjakan lebih RM1.3 juta sebulan, bagi membantu pesakit terlantar menerusi pemberian bantuan RM500 sebulan melalui penjaga masing-masing.

Gambar hiasan.

"Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

"Selain itu, JKM juga memberi kursus dan latihan mengurus pesakit terlantar kepada 274 sukarelawan JKM, penjaga pesakit dan warisnya dengan kerjasama St. John Ambulans dan agensi kesihatan yang berkaitan," katanya selepas merasmikan penutup Kursus Komuniti Home Nursing Care St. John Ambulans di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini hari ini.


Said berkata jumlah 274 sukarelawan itu termasuklah bagi merawat lebih 3,000 pesakit terlantar di rumah masing-masing.

"Sebilangan besar penjaga pesakit itu, tidak mempunyai kepakaran untuk merawat termasuk bagi kes akibat serangan strok dan kemalangan jalan raya.

"Pendedahan ini melibatkan kaedah pemberian ubat dan mengamalkan senaman mengikut kaedah yang betul, supaya mereka cepat sembuh," katanya.

Said berkata usaha itu sudah bermula sejak 2019, tetapi tertangguh seketika akibat ancaman COVID-19 dan kini disambung semula.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, bagi menjayakan kursus berkenaan yang membabitkan 10 jajahan di Kelantan.

Beliau berkata sehingga ini, tujuh Jajahan sudah pun diberi pendedahan mengenainya kecuali Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, yang akan dilakukan dalam tempoh terdekat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 22-5-2023 12:45 AM
Yang muda2 berhijrah memajukan Selangor Darul Ehsan.
Quote pokokmeranti 22-5-2023 02:31 PM
B40tastePosh replied at 22-5-2023 12:45 AM
Yang muda2 berhijrah memajukan Selangor Darul Ehsan.

apa hukumnya memajukan negara diperintah oleh mereka yg tidak mahu mengikut Al-Quran dan Hadis?
Quote B40tastePosh 22-5-2023 02:41 PM
pokokmeranti replied at 22-5-2023 02:31 PM
apa hukumnya memajukan negara diperintah oleh mereka yg tidak mahu mengikut Al-Quran dan Hadis?

Haram memajukan negeri Kafir.

Quote pokokmeranti 22-5-2023 03:29 PM
B40tastePosh replied at 22-5-2023 02:41 PM
Haram memajukan negeri Kafir.

boleh tebus tak dosa haram tu dgn setiap kali PRU diundi parti islam?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.128831 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top