CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasat Ahli Politik Yang Kaya Raya Mendadak

21-5-2023 09:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1350| Komen: 28

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat ahli politik yang menjadi kaya raya secara mendadak selepas berkuasa.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, berkata pengumpulan harta ketika berkhidmat seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ahli politik.



"Telah menjadi 'adat' kepada ahli politik di negara ini yang tiba-tiba menjadi kaya ketika mereka berkuasa.

"Syak dan kebimbangan mengenai kemungkinan mereka terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, pasti ada.

"Walaupun ia tidak secara automatik menunjukkan rasuah, peningkatan kekayaan yang ketara ini menjadi petunjuk jelas potensi pembabitan mereka dalam kegiatan rasuah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Jais berkata, kegiatan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh ahli politik demi keuntungan peribadi akan memberi kesan buruk kepada pembangunan negara.


"Penimbunan kekayaan secara tiba-tiba boleh menunjukkan bahawa ahli politik terbabit dalam amalan rasuah, seperti menerima suapan, menggelapkan dana awam atau terlibat dalam aktiviti kewangan haram, termasuk mencuci duit haram.

"Mereka boleh terbabit dalam nepotisme dan kronisme seperti mengayakan individu tertentu, sama ada rakan atau ahli keluarga dengan memberikan kontrak, projek, atau faedah yang berkaitan," katanya.

Jais berkata, ada juga antara mereka mengeksploitasi kedudukan untuk mendapatkan maklumat dalaman bertujuan untuk mendapatkan kontrak yang lumayan.

Beliau menambah, golongan itu juga menggunakan skim kewangan yang kompleks atau akaun di luar negara untuk menyembunyikan asal-usul dana berkenaan, malah menggabungkannya ke dalam sistem kewangan yang sah.

"Mekanisme pemantauan yang lemah, pengisytiharan kewangan tidak memadai atau pemeriksaan terhadap harta ahli politik yang terhad, menyukarkan pengesanan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini," katanya.

Tegasnya, langkah pencegahan rasuah yang kukuh, termasuk pemantauan bebas, pengisytiharan kewangan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan, memainkan peranan penting dalam usaha menangani rasuah.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 21-5-2023 09:45 PM
Chk s tua Probok Probok tu.
Kemain besar rumah mcm Istana. Mampos kang, sama Size gk rumah ko dgn rumah aku
Quote blue_blur 21-5-2023 09:46 PM
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, berkata pengumpulan harta ketika berkhidmat seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ahli politik.


bukan kebiasaan, itulah cita2 yang mesti dicapai seberapa gunung yang boleh dalam masa singkat.. demi rakyat demi agama demi negara tu semua bushit aja.. baik mana politician tapi hanya minoriti tak beri kesan signifikan lansung nak kekang/fight polishitians.

(paling heaven zaman BN/TunM, menara ameno shahalam tu memang meriah dengan OKB/OKL sembang2/agih2 projek/etc, sekarang tinggal kenangan)
Quote batu kikir 21-5-2023 09:51 PM
Aruah Jamaluddin Jarjis tu kaya giler.  Sebelum jadi ahli politik...... dia lecturer je.  Cukup2 makan je. Bukan ahli perniagaan pun
Quote primarikey 21-5-2023 10:00 PM
Siasat artis yg kaya raya segera jgk
Quote uda 21-5-2023 10:08 PM
batu kikir replied at 21-5-2023 09:51 PM
Aruah Jamaluddin Jarjis tu kaya giler.  Sebelum jadi ahli politik...... dia lecturer je.  Cukup2 mak ...

Dia ada syarikah J&A ( not sure either consultant or sdn Bhd). Ofis dia kat jalan Ipoh kalau tak silap. Dia part time lecturer
Quote Firenzza 21-5-2023 10:11 PM
Bkn susah nk cross‐check kt diorg, buat je la assesment reta pastu compare slip gaji ka elaun ka.....klau x tally tanya la politaik tu mana dpt duit lebihan suruh buktikan mcm hasil buat part time ke bwk grab je, rider kepci ka......

....lg pun mmg semua yg masuk politaik ke jd macai tu suma mmg target dpt krkayaan segera ke? Ko ingat diorg ikhlas nk sokong mana2 politaik tanpa balasan demi bangsa & negara ke?
Quote Perwira2022 21-5-2023 10:24 PM
Setuju. Contohnya cuba siasat macamana Anwat boleh ada RM3 billion dalam beberapa master account di luar negara.

Eh ke siasatan cuma terhadap ahli politik non PH saja? Lupa ketua SPRM dah dipegang telur... Dilantik semula + skandal saham adik tak disiasat, sebagai balasan perlu serang musuh2 PH.
Quote sharlenetexas 21-5-2023 10:25 PM
Edited by sharlenetexas at 22-5-2023 03:55 AM
batu kikir replied at 21-5-2023 09:51 PM
Aruah Jamaluddin Jarjis tu kaya giler.  Sebelum jadi ahli politik...... dia lecturer je.  Cukup2 mak ...


Lecturer elektrikal kat utm.

Quote nw111 21-5-2023 10:28 PM
uda replied at 21-5-2023 10:08 PM
Dia ada syarikah J&A ( not sure either consultant or sdn Bhd). Ofis dia kat jalan Ipoh kalau tak s ...

Brp kerat businessman melayu yg blh jadi billionaire...kalau multimillionaire tu boleh terimalah..nak jadi billionaire biz kenalah level bawah2 sikit dr Robert kuok , Vincent tan, ananda krishnan ..setakat jadi consultant tu takde la blh sampai jadi billionaire pun.
Quote hyie 21-5-2023 10:53 PM
siasat yang terpilih sahaja yach
Quote hungryhenry 21-5-2023 11:02 PM
Rina doremon tu check skali
Quote Zazama 21-5-2023 11:34 PM
Jangan cakap saja. Biar telus.
Quote mojarean_X 21-5-2023 11:50 PM
primarikey replied at 21-5-2023 10:00 PM
Siasat artis yg kaya raya segera jgk

Itu iols sgt musykil...
Quote Skuau 22-5-2023 01:12 AM
Siasat......jer ke???????
Quote ResellerMaxis 22-5-2023 01:25 AM
batu kikir replied at 21-5-2023 09:51 PM
Aruah Jamaluddin Jarjis tu kaya giler.  Sebelum jadi ahli politik...... dia lecturer je.  Cukup2 mak ...

Betul ke? Bukan dia IR?
Quote ResellerMaxis 22-5-2023 01:26 AM
Carcosa replied at 21-5-2023 09:45 PM
Chk s tua Probok Probok tu.
Kemain besar rumah mcm Istana. Mampos kang, sama Size gk rumah ko dgn ru ...

[twitter]https://twitter.com/nikitanikaziz/status/1397727278428155904?s=46&t=iqrWDLQ1CSr9_ER-MfWD6g[/twitter]
Quote Rogue98 22-5-2023 02:58 AM
Focus kat jerung2 jer dulu....terutama yg umur lanjut...takut kojol tak sempat tengok dia turun naik mahkamah.
Quote pinkpunk 22-5-2023 08:32 AM
pergi check muhammad taib dan keturunan dialah...
Quote shamsadis 22-5-2023 08:50 AM
ahli politik di Malaysia macam tu lah, tak kira kerajaan atau pembangkang, DAP dengan kajian terowong dasar lautnya, UMNO dengan projek2 nya...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071126 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top