CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 'Mukbang' Didenda RM29,000, Kantoi Bawa Balik Sisa Makanan

21-5-2023 09:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 606| Komen: 0

Disangka membuat 'mukbang' kerana memesan makanan dalam kuantiti banyak, sekali seorang wanita kantoi mencuri makanan bufet untuk dibawa pulang.

Perbuatan wanita dikenali sebagai Wen itu terbongkar selepas dia dirakam kamera pengawasan memasukkan makanan ke dalam beg plastik di bawah meja.




Malah, dia didapati melakukan perbuatan sama sejak tahun lepas.

Menurut laporan scmp.com, berdasarkan lima rakaman pengawasan, wanita itu mengunjungi sebuah restoran di wilayah Guizhou di barat daya China lebih 12 kali sejak Mac tahun lalu.

Dia juga didapati memesan hidangan mahal seperti udang manis, salmon dan hati angsa.

Setiap pesanan yang dibuatnya melebihi jumlah yang boleh dimakan untuk individu berikutan lebihan makanan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik yang disediakan dan disimpan dalam beg tangannya.

Pemilik restoran tersebut berkata, pada awalnya dia menyangka wanita terbabit menghasilkan video makan seperti yang dilakukan beberapa pempengaruh media sosial, namun sebaliknya berlaku.


Tambahnya, bayaran bufet adalah RM141 (218 yuan) per seorang.

Susulan itu, Wen disaman hampir RM29,117 (45,000 yuan) sebagai pampasan kepada restoran.

"Restoran mempunyai hak untuk menuntut ini kerana ia jelas memaparkan papan tanda yang mengatakan 'sisa lebih 100 gram atau bawa pulang perlu dibayar mengikut harga menu' yang diletakkan di meja juruwang atau di setiap meja," kata pemilik restoran.

Pun begitu, Wen pada mulanya enggan membayar sebelum dia diancam dengan sistem perundangan serta bayaran tambahan perbicaraan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030632 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top